Projek Kuih Batang Buruk Sabah Versi Yanmie

Salam semua, pagi nie macam biasa ada kelas Belajar Memandu, masih lagi nak cekapkan diri dalam bab berhenti di bukit dan jugak parking, kalau bahagian Litar dan Jalan Raya tu dah takde masalah. Insyallah kalau takde apa-apa 25hb nie Yan Test JPJ. Oklah bukan nak cerita pasal belajar memandu..ehehe nie nak cerita projek kuih batang buruk yang sedang berjalan dengan rancak 😛

Proses menggulung kuih batang buruk sabah versi yanmie 🙂

Alhamdulillah rezeki datang dan terus datang, projek batang buruk kini bermula, asal-asalnya tak plan nak ambil tempahan tetapi atas permintaan yang tinggi dan tak nak menghampakan regular customer, Yan ambik jugak tempahan tersebut, Yan percaya ini adalah rezeki di bulan ramadhan. Alhamdulillah 🙂

Mesti korang pelikkan kenapa kuih batang buruk (gambar atas) nampak macam pelik, tak sama macam kuih batang buruk yang biasa korang makan, sebenarnya itulah istimewanya kuih batang buruk sabah versi yanmie, iaitu secret resepi keluarga Yan, memang resepi terpelihara, korang takkan rasa sedap kuih batang buruk ini di tempat lain, cuma ada kat rumah Yan dan regular customer Yan je. sudah di akui oleh customer2 Yan. terbaru, CikMin dah sangkut dengan kuih batang buruk sabah ini sehinggakan dia order 3 balang besar, up lagi 1 balang besar, tahun lepas dia order 2 balang besar. Kalau nak testimoni, terjah aje dia terus ok!, oh yea nak makan kuih batang buruk nie jemputlah datang beraya kat rumah nanti 🙂

Tetapi sebelum tu minta maaf yea sebabnya Yan tak open order kat blog nie, tak macam tahun lepas. bukan apa Yan takut tak terbuat nanti, tak nak hampakan korang, insyallah ada lain masa nanti Yan buka order untuk korang, Yan cuma amik order beberapa kawan blog yang jugak regular customer Yan. Yan jugak ada amik order kat orang kampung en.hubby nie. So agak sibuk sedikit di samping kelas belajar memandu, tu yang tak boleh nak open order kat blog nie.

Tapi siapa kata kalau sbuk tak boleh nak online?? kalau blogger tegar memang akan usahakan untuk online jugak walaupun sesibuk mana…cecewaahh tetiba mengaku blogger tegar…ahaha

yelah mana taknya sambil menggulung kuih batang buruk sempat lagi online. tengok aje lappy tu, sambil memerhati berapa trafik harian yang masuk, alhamdulillah trafik blog ini masih maintain lagi 1K++ even takde cerita yang panas-panas…ekekeke *macam ada je citer panas*

Nota Yanmie : tak sabar nak raye…hahaha 😛

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

34 Replies to “Projek Kuih Batang Buruk Sabah Versi Yanmie

  1. jauhnyer sabah,xleh bg resipi ker?blh wat makan tuk raya..da bnyk kali cuba wat tp bla da cmpur dgn tepung kacang hijau jd hitam..blh bg komen x?

  2. wahh…kuih batang buruk akak dah nak siap tu…yan bagi last2 pun takpe la kan…nanti kang jadi habuan bulan posa pulak…1 balang xtra tu untuk Projek BBQ UDA HOLDINGS..2nd raya insya’ALLAH.. 🙂

    p/s UDA tu nama moyang bujang kenit…hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge