Salam semua, maaflah yea seharian tak de masa nak online, kalau online pun setakat on lappy then tak duduk pun depan lappy sebabnya sangat sibuk dengan tempahan kuih batang buruk sabah, maaf jugak sebabnya tak open order kat sini, bukan apa takut tak terbuat nanti, sebabnya tempahan yang ada sekarang nie pun banyaklah jugak, ingatkan memang taknak buat tapi permintaan sangat tinggi, lagipun order semua datangnya dari customer yang sebelum-sebelum ini, syukur nampaknya kuih batang buruk sabah versi yanmie memang disukai…ekeke 😛

Semalam jugak pergi beli bekas aka balang untuk letak kuih batang buruk sabah tu, bahan-bahan dah beli kat bandar pusat nie aje, tapi bekas tu ler takde, so kami cari ke Pasaraya Cowboy. ehehe kelakar je nama pasarayanye kan 😛

memang meriah barang-barang yang ada di pasaraya cowboy nie, macam-macam ada, kiranya tempat orang beli borong, tapi beli sikit-sikit pun boleh no problem, yang bestnya harga jauh lebih murah dari tempat lain.

Rambang mata kalau duduk lama-lama kat dalam nie, MIL sahaja dah borong banyak 😛

Barangan plastik macam-macam jenis ada, corak pun belbagai

Pinggan mangkuk pelbagai jenis dan corak, ingat nak rembat yang plain tapi dh tak muat troli, kami tolak 3 troli…hahhaa pulun abis seh!

Barang mainan pun bersepah-sepah, agak-agak yang ada anak kecik sila jangan lalu kat kawasan nie, boleh tido nanti anak korang kat pasaraya cowboy nie..haha, nasib baiklah Aiman dengan Haziq dah janji tak minta apa-apa, kalau tidak jawabnya kenalah rembat 1-2, itu kalau nak 1-2 barang, buatnya nak ambik banyak, huh! naya woo…sebabnya mainan kanak-kanak kat sini sangat comel 🙂

Sebenarnya ada banyak lagi barang-barang yang dijual di pasaraya cowboy nie, dari barang sekecik-kecik semut sampailah barang sebesar-besar gajah, dari barang perhiasan, perkahwinan, makanan, barangan dapur dan macam-macam lagi lah, cuma yang takde barang basah dan sayur-sayuran.

Oklah setakat tu sahaja, sebelum tu Yan nak ucapkan terima kasih pada Zida kerana sudi memberikan ruang iklan percuma untuk blog ini selama sebulan. Thanks ye dik, terharu gitu 🙂 nanti akak bagi banner tu yea 🙂

Nota Yanmie : komen-komen sebelum ini insyallah Yan akan balas, bagi Yan sikit masa yea 🙂

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

49 thoughts on “Pasaraya Cowboy memang best!”
  1. Assalamualaikum.

    Wahh…

    Mcm ni rupanya pasaraya cowboy

    Kat batu pahat johor baru je buka

    Tp belum sempat pergi

    Sini dah ada aeon, the store, pacific, now cowboy

    Tu yg google nak tgok apa kelebihan cowboy berbanding yg lain

    Mmg ramai cakap barang kat sini murah

    Baguslah, bole jimat banyak 🙂
    Syazana Jamaludin recently posted..Jerebu dan Hujan RezekiMy Profile

  2. Dekat penang ada tak pasarraya ni?? Kt sini ada jual plastik yg boleh pop tu tak? Plastik yg cover yg ada bulat2 kecil bila tekan dia pecah Tu.?

  3. Memang byk brg.Hari ni pergi beli mcm2 brg, layanan pekerjanya di bahagian barangan memang bagus.Cuma time byr dia punya cashier nama wanie berhati-hati dgn kata2 yg keluar drpd mulut.

  4. pasaraya cowboy ada banyak.kat melaka ada 1.kat temerloh ada 1.kat kuantan ada 3.tp apa 2 akan dibuka maybe thn ni.1 kat kulai n lg 1 kat kuantan gak

    1. ehek..jgn puji lebih2 kang perasan lak kakyan nie..ekeke 😛
      sebenarnya ada ramai lagi, akak nie sekadar blogger picisan 🙂

  5. macam cowboy kat melaka je, dulu saya pernah ke cowboy kat melaka, beli barang2 kelengkapan dapur memang best kat situ, harga pun murah, senduk lesung, periuk kuali pisau, hehehe

    1. yang nie cowboy kat temerloh jln mentakab, memang bnyk kan barang2 yg di jual kt cowboy nie, klulah ada kat klang mmg wajib tetiap wiken pegi..ehehe.

      betul tu brg2 kelengkapan dapur memang meriah kat sana…rege jauh lebih murah dari tempat lain…

      eh dia punya lesung comel tak..licin batunye…hahaha

  6. koboi mana ni yan??
    kat melaka pun ada 1. org kmpg aku mmg ghairah g koboi. especially bab borong equipment buffet. skrg kn kenduri kendara kt kmpg pun dah ala2 buffet jek..

    1. koboi kt temerloh kakngah, ish…yan pun ghairah giler kt koboi tu..hahaha sib baiklah duk jauh klu tak tetiap wiken gi soping. betullah mcm2 brg ada…adoiii sblm blk kelang harus borong dulu kt sana…ehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge