Duit Raya RM500 untuk Kakitangan Awam dan Pesara

Salam semua, wah tajuk entry boleh bikin orang yang keje goment aka government senyum lebar sampai ke telinga, mana taknya Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak baik hati nak bagi bonus duit raya sebanyak RM500 untuk kakitangan Awan dan jugak Pesara.

Google Images

Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang berkhidmat di dalam sektor kerajaan dan jugak pesara. Lepas nie jangan harga barang-barang pun nak naik sama sudah, huhuhu…yelahkan takut ada pihak lain yang cuba ambil kesempatan sebabnya selalu pun macam tu…oppss!!

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

โ€œKeputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,โ€ katanya.

Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. โ€“ BERNAMA dan info.yanmieonline.com

Google Images

Nota Yanmie : Nak bonus duit raya jugak ๐Ÿ˜›

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at [email protected] , thank you :)

View all posts by yanmie

19 Comments on “Duit Raya RM500 untuk Kakitangan Awam dan Pesara”

  1. Selamat Hari Raya kepada semua umat islam seluruh Malaysia agar dapat beraya bersama sanak saudara dan keluarga yang tercinta.

  2. syukurrrrrrr,,,,,pandai bersyukur dan berterima kasihhhhhh,,,,,,klu boleh janganlah panggil bantuan kewangan,,,,,panggillah intensif kewangan kan sedap ckit tuuuuu,,,,,lainlah klu profesional tak terima sekaliii,,,,,he he he

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge