Salam semua, syukur alhamdulillah kini 2 orang lagi artis dan celebrity kita tampil dengan imej terbaru iaitu imej bertudung, sedap mata memandang! tahniah kepada Anne Hot FM dan juga buat Farah AF2, sungguh manis rupa mereka berdua mengenakan tudung.

Gambar atas, wajah anne jauh lebih manis berbanding dahulu 🙂 farah pula Yan memang suka tengok dia mengenakan imej bertudung semasa rancangan Rasa Halal Orient di Astro Prima lagi.

Updated : Gambar terkini Farah Diana

farah diana bertudung

farah diana bertudung

Mari kita ikuti cerita lebih lanjut tentang imej penampilan baru mereka berdua 🙂

TIADA lagi rambut yang dibiar lepas atau mungkin sanggul lintang buat tatapan umum. Ia juga bukan lakonan atau semata-mata untuk sesi fotografi dengan media. Bagai mengambil berkat Ramadan Al Mubarak yang sedang dilalui, Anne dan Farah yang berbeza status, hadir dengan perubahan. Hijrah yang menjadi tuntutan kepada wanita Muslim seperti mereka.

Anne yang baru bergelar isteri kepada Nik Mahathir Zainuddin nekad bertudung genap sebulan selepas perkahwinan dibina pada 12 Jun lalu. Farah Diana, bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini pula secara rasminya berimej sedemikian sejak 11 Julai lalu, sehari selepas sambutan Israk Mikraj. Namun, saat mereka hadir di Balai Berita, baru-baru ini, beberapa teman di pejabat menyangkakan fotografi yang dilakukan ini sekadar memenuhi konsep untuk Ramadan. Ternyata sangkaan itu meleset kerana kedua-duanya memang sudah bertudung litup, menutup bahagian rambut yang selalu dianggap mahkota insan bernama wanita.

B*Pop menyelami hati kedua-duanya. Ternyata bagi mereka, sekalipun ada yang terpana dengan penampilan terbaru ini, keluarga dan teman rapat menyambut baik kepada permulaan yang cukup bermakna itu. Fotografi yang dijalankan ini pun sedikit kekok pada mulanya apatah lagi ia menjadi sesi pertama selepas perubahan ini.

Kata Anne, tiada sebab khusus mengapa dia mengambil langkah untuk bertudung. Cuma gerak hatinya berasakan sudah tiba masanya dia menutup aurat. Ikutkan sudah lama nalurinya ingin tampil begitu, sejak sebelum dia berkahwin lagi. Akhirnya yang diimpikan benar-benar menjadi kenyataan.

“Saya rasa selesa bertudung kerana sebelum ini pun sedikit sebanyak saya sudah mula membiasakan diri mengenakan tudung di rumah bersama anak saudara yang lain. Saya jenis manusia yang tidak suka membuat perubahan secara drastik dan terburu-buru.
“Tak kiralah dalam soal bertudung atau hal apa-apapun, saya mahu betul-betul bersedia sebelum merealisasikannya. Alhamdulillah, keluarga termasuk suami merestui apa yang saya lakukan ini. Secara kebetulan, saya juga mempunyai emak saudara yang berhijrah seperti saya beberapa bulan lalu.

“Fara Fauzana antara kawan saya yang mengalirkan air mata apabila melihat saya bertudung. Tiada bezanya pun dengan bertudung, cuma akan ada yang memandang semacam.

Sebagai contohnya di tempat kerja ketika berada dalam konti, akan ada yang akan patah balik memandang saya berkali-kali dengan imej baru ini,” katanya yang sempat bercuti pendek ke Phuket bersama suaminya selepas selesai majlis perkahwinan mereka.

Anne berpuasa di Doha

DALAM perkembangan lain, penyampai radio Hot FM bernama penuh Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli ini akan mengucapkan selamat tinggal kepada kerjayanya itu pada hujung bulan ini. Alasannya, Anne perlu mengikut suaminya yang dipindahkan bertugas di Doha.

Suami Anne sebelum ini bekerja sebagai pereka grafik untuk Al Jazeera yang beroperasi di KLCC. Mahu atau tidak, wanita berusia 29 tahun itu terpaksa meninggalkan Malaysia. Kata Anne lagi, besar kemungkinan niat mereka untuk menunaikan umrah hanya dilakukan selepas menetap di sana.

“Lagi lambat ke sana, lagi banyak peluang saya menghabiskan masa di Kuala Lumpur. Saya pun tak terlalu memikirkan hal ini sangat. Nak tak nak, memang saya kena mengikut suami juga ke sana. Kami dijangka ke sana mulai 25 Ogos ini.

“Setakat ini, rumah yang saya sudah beli di Segambut dalam proses untuk dijual. Suami saya pun mempunyai rumah. Kereta suami saya pun sudah dijual kepada kawannya. Jadi buat sementara waktu, dia menunggang motosikal untuk ke tempat kerja.

“Nampak gayanya kami juga akan berpuasa di sana. Setakat ini, saya tak mempunyai perancangan lanjut lagi untuk melakukan apa di sana. Saya nak relaks dulu. Mungkin dalam satu tempoh tertentu, saya akan mula memikirkan peluang kerja di sana,” kata Anne yang sudah bersama Hot FM sejak tiga tahun lalu.

Hati tercuit selepas solat Isyak

BAGI Farah yang mula melakar nama sejak AF2, mengakui jika ikutkan sejak kembalinya dari Kemboja hujung tahun lalu, dia sudah mahu bertudung. Malah, hasratnya itu dimaklumkan ketika dia berada di sana menerusi SMS yang dihantar kepada ibu dan bapanya.

Namun, ketika itu, hati gadis berusia 25 tahun ini belum bersedia sepenuhnya. Sebaliknya, tempoh masa yang ada itu dimanfaatkannya untuk terus mendalami dan bertanya kepada mereka yang mahir dalam selok-belok agama. Kenangan ketika melawat Pusat Islam di Kemboja sedikit sebanyak membuka hati dan matanya.

Siapa sangka di sebalik suka-suka sekadar memenuhi tuntutan program Rasa Halal Orient untuk bertudung, dalam diam ia mencambah peralihan yang sangat berharga. Seiring peningkatan usia, Farah yang semakin dewasa sedar di mana landasannya kini sebagai wanita Muslim.

“Sedikit sebanyak pembabitan saya mengacarakan program Rasa Halal Orient di Astro Oasis memberi dimensi indah untuk saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan. Alhamdulillah, saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang terbentang di depan mata kita ini.

“Keluarga banyak menyokong. Ia terjadi secara semula jadi tanpa sebarang paksaan. Kenangan selepas menunaikan solat Isyak pada malam jatuhnya hari Israk Mikraj itu cukup bermakna hingga mencuit hati saya untuk bertudung,” katanya yang mula minat mengumpul tudung pelbagai corak.

Berita gembira ini turut dikongsi kekasih hatinya. Terlanjur menyebut perihal kekasihnya, Farah yang kini mengacarakan program bual bicara, Nasi Lemak Kopi 0 (NLKO) di TV9 turut diusik pertanyaan apakah imej barunya itu dianggap sebagai petanda terdekat untuk menamatkan zaman bujang.

“Soal kahwin memang tiada lagi dalam diari kami buat masa ini. Sejujurnya tiada lagi perbincangan berkaitan membabitkan keluarga kami.

Tetapi dia juga senang dengan penampilan terbaru saya,” pintas Farah yang enggan melanjutkan bicara mengenai ceritera cintanya itu yang sudah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu.

Ditanya mengenai kerjaya, Farah yang sejak Ogos tahun lepas lalu sendiri tanpa diikat dengan pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd menjelaskan, sudah tiba masanya untuk dia merangka kerjaya tanpa bantuan orang lain. Kontraknya bersama Syahirah dan Power Root juga disambung lagi.

“Saya masih memenuhi undangan membuat persembahan di hujung minggu. Komitmen mengacara pun masih ada. Selain NLKO, saya juga akan kembali mengacarakan program Generasi Asli@1 Malaysia di TV9. Untuk musim kedua ini, program terbabit mengambil lokasi di Sabah dan Sarawak pula.

“Insya-Allah, program Rasa Halal Orient musim kelima juga akan berterusan pada tahun ini. Kalau jadi seperti dirancang, Farah akan ke India pada raya kelima nanti bagi untuk menjalani penggambaran di sana. Farah juga sedang menunggu giliran merakamkan single baru tak lama lagi,” katanya yang masih berbekas rasa kecewa selepas album keduanya gagal dipromosikan selepas Maestro Entertainment gulung tikar dan kini diambil alih AESB. – Berita Harian dan info.yanmieonline.com

Nota Yanmie : Alhamdulillah 🙂

Nak Laptop Free klik SINI

.

siapa cepat dia dapat!!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

36 thoughts on “Anne Hot FM dan Farah AF2 kini bertudung”
  1. Alhamdulillah… suke dgr berita2x macam ni.. Salam jengah, melompat drpd from Darkbatman’s blog. haha dh mcm belalang la pulak.

    regards from sydney,
    izulman 🙂

  2. Bagus la dh bertudung skang nie…semoga imej nie akan dikekalkan dan jgn plak krn mengikuti zaman perubahan fesyen plak…

  3. alhamdulillah… sememangnya tudung itu adalah wajid bagi perempuan muslim.. semoga memperolehi kebahagian dunia akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge