Salam semua selamat pagi, semalam tengok berita kat TV3, terkejut jugak bila Timbalan Perdana Menteri yang jugak Menteri Pelajaran mengatakan Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

(Google Images)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.

“Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tak pakai lagi PMR dan UPSR, orang (bakal majikan) tak tanya pun keputusan PMR atau UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan peringkat universiti yang diambil kira,” katanya.

Ada jugak betulnya dengan apa yang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin katakan di atas, masa nak interview kerja bukannya bakal majikan akan tanya apa keputusan PMR ataupun Keputusan UPSR, malah kedua-dua sijil tersebut tak dipandang pun, yang di pandang hanyalah sijil SPM, STPM atau pun sijil2 yang lagi tinggi dari sijil peperiksaaan sekolah seperti sijil dari Institut Pengajian Tinggi.

Nota Yanmie : Macam tak seronok pulak jadinya bila PMR dan UPSR akan dimansuhkan, sebabnya takut bebudak nie nanti memain je lebih…huhu, so apa komen korang? meh suarakan pendapat korang disini 🙂

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

47 thoughts on “PMR dan UPSR akan dimansuhkan?”
  1. Tak setuju PMR dan UPSR dimansuhkan. Apakah spirit PMR dan UPSR? UPSR adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah..bagi mengetahui pencapaian seseorang pelajar di peringkat sekolah rendah. Manakala PMR merupakan penilaian kemampuan pelajar di peringkat menengah rendah. Kedua2 penilaian ini, memberi peluang kepada pelajar menunjukkan potensi dan membuka peluang untuk ke sekolah berasrama penuh. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia…adalah umpama satu langkah ke alam baru, samada ke pengajian yang lebih tinggi atau ke alam pekerjaan. Itu sebabnya…kelayakan asas pekerjaan hanyalah SPM atau STPM. 2 level tadi..tak ada pun ayat sijil……Mungkin kerajaan perlu kaji semua..jangan jadi macam PSMI hari tu, macam biskut…kejap jadi..kejap batal….

  2. Saya rasa sudah tiba masanya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk membawa buku rujukan dan ‘toyol’ ke dewan peperiksaan. Di luar negara, perkara ini sudah lama dipraktikkan kerana soalan yang ditanyakan selalunya tidak akan ditemui dalam buku teks. Soalan peperiksaan tersebut sebenarnya telah diolah supaya mampu merangsang otak pelajar untuk berfikir.

  3. Senang cerita, semua soalan peperiksaan awam mesti dalam bentuk subjektif sahaja. Saya perhatikan sejak tahun-tahun kebelakangan ni, soalan-soalan peperiksaan kebanyakannya lebih menjurus kepada soalan ingatan@hafalan semata-mata. Contoh soalan : siapakah perdana menteri yang pertama ? bilakah tarikh kemerdekaaan negara?. Sepatutnya soalan mestilah berbentuk pemahaman seperti kenapa kemerdekaan penting untuk negara? Apakah kepentingan membaca. Sudah pasti jawapan yang akan diperolehi adalah pelbagai dan selalunya pemeriksa pasti akan berjumpa dengan jawapan yang logik tetapi tiada dalam buku teks. Dengan ini akan merangsang pelajar-pelajar sekolah untuk berfikir.

  4. inilah yg membuat ku berang ni……UPSR memang penting bgi mreka yg sekolah rendah……untk menguji kemampuan dri lah….tanpanya,bagaimana mereka nak mempersiap sedia kan keyakinan dri mreka agar dpt menghadapi ujian mahupan penilaian yg lain…sperti spm pun knalah persiap dri jugak(menggunakan PMR)….sebab SPM jgak memerlukan keyakinan dari mula lagi(msa UPSR pun sma….terutamanya PMR..ini smua melahirkan keyakinan dri)jadi….tolonglah….tolonglah….. jangan mansuhkan UPSR dan PMR……..rayuan plajar smua

  5. sebgai org awam, cadangan TPM ade baik nye krn ia mungkin akan mengurangkan burden byk pihak termasuk pelajar itu sendiri.. tetapi dari sudut pendidikan, bg saya agak kurang wajar jika UPSR PMR dimansuhkan… betul, tidak dinafikan ia tidak langsung ditanya dlm interview kerja tp sebenarnya ia juga memainkan perangan sbgai pengukur kepada tahaf pendidikan seseorg pelajar & ukuran kpd tahap pencapaian pendidikan di negara ini.. kalu ia hanya dijadikan sbg penilaian pencapaian shja, pelajar2 mungkin akan mind set yg UPSR PMT ini tidak penting… dan dari segi kewangan, pertukaran dasar pasti akan memerlukan belanja yg sangat besar…

  6. i think should not…mmg xdipandang tp how about the student?? t dorank memain pula….or apa kata majikan shuld pandang upsr and pmr result…

  7. Kalau UPSR tu untuk menguji kemampuan dan prestasi akademik bagi pelaajar sekolah rendah,PMR pula untuk pelajar di aliran menengah rendah,kalau di mansuhkan macam ada yang kurang je kan
    wazy recently posted..Cabaran Copy & MenangMy Profile

    1. wah yeker…ko lebih awal tau dr TV3..hebat tul ko nie yea 🙂
      aku pun tau tgk kt TV3 sbb masa siang hari smlm timbalan perdana menteri tu cakap kt TV..camne ko leh tau awal nie?? muskil jap 😛

  8. pada purnama… better diteruskan peperiksaan ni…. kalau tak ada peperiksaan, mcm mana nak ukur tahap kebolehan pelajar… aduyai…..

    1. betul tu kak! yan pun mmg bangkang klu upsr dan pmr nie dimansuhkan…adoiii kang memain je bebudak nie..abis je duit mak bapak diorg…

  9. setuju sangat UPSR dan PMR dimansuhkan. Kat negara lain tak ada pun masih boleh jadi doktor, lawyer, enginer. UPSR dan PMR setakat ni pun tak boleh jadi akhlak bertambah baik. Yg perlu gantikan dgn sistem penilaian yg lebih menyeluruh contohnya dalamm setahun berapa kali ponteng sekolah, ponteng solat jemah kat sekolah, ponteng baca yassin beramai2 setiap mula sekolah dan sebagainya yg boleh menjadikan anak2 sebagai manusia bukan robot.

    1. salam bro, tulah kan pendapat masing2…saya pulak tak setuju! negara malaysia tak sama dengan negara luar bro, budak-budak dia cerdik sikit.

      kat sini tengok ajelah macam mana, tapi diharap kalau UPSR dan PMR nie dimansuhkan harap seperti yang timbalan menteri katakanlah agar dapat melahirkan ramai modal insan serba boleh…amin

  10. Adakah sekarang MUSIM MANSUH?
    Semua benda nak mansuh, yang perlu dan penting dia mansuh tanpa kaji…
    Yang tak perlu dan tak patut diluluskan tanpa hirau…
    So apa yang bleh kita buat? Dengar, terima dan mengiyakan jer ker?
    Kata “Rakyat Didahulukan”…minta ler pendapat berdasarkan kajian dulu br umumkan…
    Kalau setakat umumkan kat mesyuarat PARTI semata-mata nak nmpk hebat baik takyah yer…
    Dah banyak sgt isu yg canang hebat, last2 tarik balik…
    ejam recently posted..Pra Pelancaran MiniNiaga, Kenapa Ada Aku?My Profile

    1. ntahlah ejam…akak pun kan x setuju kalau upsr dan pmr akan dimansuhkan..nmpknya adik2 kakyan nie bermaharajalela ajelah lepas nie, sbb duk fikir smp lmbt lagi..

      dah tu klu xde upsr dan pmr mcm mana kita nk tahu tahap pembelajaran pelajar…adoii makin rumit rasanya..

      btw akak suka komen ejam nie!!! nnti nk pi usul kt kementerian pelajaran..ekeke

  11. bangkang!! lagi la budak-budak kat rumah ni memain lebih je kang..irfan tahun ni UPSR..kalau dia tengok berita ni malam tadi..mesti dia merungut kenapa tak mansuh tahun ni! kalau betul2 dimansuhkan mesti yasmin akan terlepas dari amik UPSR,lepas tu irfan mesti provoke..aishhhh..akan mendatangkan masalah ni.

    p/s sori terlebih cite pasal anak-anak akak pulak.. 😛
    cikmin recently posted..Pizza Paling BestMy Profile

    1. betul tu wan mmg x best pun…dulu zaman kakyan lglah..memang berkobar2 seh time peksa kedua tu…mmg semangat nk blajar sbb ada target tersendiri kt upsr ngan pmr..nie nnti takut bebudak nnti ckp..takpe SPM lambat lagi…huhuuhu

  12. mmg ms mintak kene org xtgk result upsr + pmr. tp.. bkn ke nk mohon sklh berasrama penuh, mrsm, sklh teknik, politeknik berdasarkan kedua2 peperiksaan.. aku bangkang!!~

    1. ye ngah aku pun fikir gitu gak..camne nk masuk sekolah berasrama penuh atau yg sewaktu dengannya?? takpun maybe diorg follow gak result tu cuma upsr dan pmr utk sijil peringkat sekolah aje…maksudnya utk akademik sekolah aje…tdklah seserius mcm dulu..hem..ntahlah…kita tggu je penggumumannya nnti..

      mcm manapun upsr dan pmr tu rasanya masih ada tp cuma utk ujian periksa biasa2 aje kot…

    2. utk kmsukan pljar ke sklh asrma….ujian khas ataupun ujian kelykan akan dibuat..sma mcm ujian nk msk skolah agama. so…time nie IQ pljar akan diuji dan melalui ujian ini. kta dapat mgnal pasti pljr pintar dan bukannya pljr menghafal…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge