Salam semua, 2 hari lagi drama Noktah Erna akan melabuhkan berakhir dan apakah kesudahan drama tersebut, sama-samalah kita saksikan nanti, dan drama yang bakal menggantikannya ialah Drama yang bertajuk Laila Asyikin yang akan di tayangkan bermula 1 julai 2010 nanti.

Watak utama Laila Asyikin ini di terajui oleh Nur Fathia Abdul Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Fathia yang berumur 22 tahun ini, pernah perlakon sebagai watak pembantu sahaja dia dalam drama Nur Kasih, Dea Sofea dan Bila Musang Berjanggut.

Berbeza dengan watak dibawa Fathia dalam drama Nur Kasih, Dea Sofea dan Bila Musang Berjanggut kerana ia dilihat agak mudah untuk di bawah olehnya. Justeru apabila perlu menangis dalam Laila Asyikin, dia mengakui awalnya sukar melakukannya.

Di dalam Drama ini jugak, watak yang dibawanya memberi cabaran tersendiri kerana memerlukan dia menjadi perempuan solehah yang melalui pelbagai ujian hidup. Di sinilah keupayaannya tercabar.

PROFIL

Nama sebenar: Nur Fathia Abdul Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.
Drama dan telefilem: Nur Kasih, Dea Sofea, Bila Musang Berjanggut dan Laila Asyikin
Filem: Hijab
Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic

Sedikit Sinopsis pendek Laila Asyikin

Laila Asyikin yang bermaksud ‘malam mengasyikkan’ adalah wanita muslimah yang berkahwin dengan Adam. Keasyikan itu memukau sehingga empunya diri lupa dia sedang dikhianati suami tercinta. Dia menyangka dia satu-satunya wanita yang wujud dalam hidup Adam, tetapi rupa-rupanya cinta suami terbahagi dua.

Dia menyangka orang yang diberi ‘kehidupan’ setia dengannya tetapi rupa-rupanya mereka sedang merancang untuk meruntuhkan hidupnya dan mengambil alih syarikat warisan keluarganya. Apabila semua terbongkar, dia perlu bangun dan keluar daripada lena bagi mempertahankan haknya.

Drama ini diterajui oleh Nur Fathia Latiff, Fahrin Ahmad , Diana Amir, Hamidah Wahab, Zain Ruffedge dan ramai lagi. so sama-samalah kita saksikan episode 1 drama laila asyikin ini di slot samarinda bermula 1 julai 2010 setiap selasa hingga khamis di TV3. agaknya apa ye OST Laila Asyikin nie? mesti best nie, tak sabar pulak nak tengok 🙂

Nota Yanmie : Maklumlah peminat setia drama-drama di TV3…ehehe, cakap je drama apa sure tau punya…nnggeee~~

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

9 thoughts on “Laila Asyikin di Slot Samarinda TV3”
  1. mcm best je drama ni,,pelakon x kurang hebat…tapi blh x upload dgn subtitle english skali…..

  2. akak sikit lagi nak habis..sambil2 update..byk pulak kena nya ni..try la nak adjust sikit..bila yan gerak balik ni? beria sgt kemasnya tu…mcm bese ni ye yan… 😛
    cikmin recently posted..Noktah Erna Episode 24My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge