Update Terkini 12.00pm

KUALA LUMPUR: Semua 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan komando rejim Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, sudah dibebaskan dan kini berada di sempadan Jordan.

Pembebasan mereka itu dibuat awal hari ini, menurut laporan langsung dari wartawan Astro Awani yang turut ditahan. Sumber Berita Harian Online

**********

Salam semua selamat pagi, semalam tengok berita Buletin Utama kat TV3 berkenaan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza di serang oleh Tentera Israel. Syukur Alhamdulillah kesemua Rakyat Malaysia yang berada di atas Kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pagi semalam berada di dalam keadaan selamat, tetapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku kita tak tahu. disahkan selamat, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman semalam.

Beliau berkata, Kementerian Luar kini berusaha membawa mereka pulang ke tanahair. “Kita telah jalankan usaha-usaha untuk membawa balik warganegara kita yang ditahan itu,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. Sumber Mstar.com.my



Israel kini menghantar pulang berpuluh-puluh aktivis tetapi masih menahan beratus-ratus lagi semalam, sehari selepas komandonya membunuh sembilan orang apabila mereka merempuh masuk ke sebuah kapal bantuan yang dalam pelayaran ke Gaza. Sumber Berita Harian Online

Marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah S.W.T agar kesemua Rakyat malaysia dan Aktivis sukarelawan yang lain selamat dan mudahan di permudahkan segala urusan mereka. Amin….


By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Kesemua Rakyat Malaysia selamat di atas Kapal Mavi Marmara”
  1. Janganlah kita asyik mengatakan rejim zionis (Israel-> Yahudi) tu ganas dan kejam. Cuba tengok rakyat Malaysia sendiri tak kiralah bangsa apapun samada melayu china india. Kadanag-kadang mereka ni lebih jahat dari Yahudi rasanya. Kenapa saya kata begitu. Saban hari kita dengan berbagai kematian ngeri di malaysia termasuk buang bayi, bunuh bayi, kes ragut rogol , sumbang muhrim dan lain-lain lagi. Lagi satu ramai kutuk Yahudi tapi pada masa yang sama merosakan diri dengan hisab rokok. kan ke bahalol bin bongiok bin bodoh tu. Lebih baik sokong Yahudi dari sokong Orang Islam yang tak beriman ni….

    1. betul tu lan, syukur sgt…dgr kt berita astro awani dgr pengalaman wartawan astro awani Aswad mmg sedih betullah..nasib baik dia berjaya merangkak ke tmpt selamat kt dlm kapal tu…sbb org kiri kanan dia kena tembak kat tgn dan bahu…

      syukur semua diorg selamat..sedikit sebanyak legalah jugak hati…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge