Salam semua, malam nie mesti ramai yang tengah tengok Perlawanan Pembukaan FIFA Worldcup 2010 kan, Yan pun takdelah minat sangat bola nie tapi kalau en.hubby buka tengoklah jugak teman dia sekali 🙂 tapi malam nie en.hubby keje malam so dia tak dapat ler tengok perasmian FiFA Worldcup 2010 aka Piala Dunia 2010. Tapi takpe dear nanti tengok ulangan besok..ehehe

Oklah takmo cerita pasal piala dunia..ehehe, nak cerita pasal drama yang baru kejap tadi Yan tengok iaitu Janji Kekasih slot Zehra di TV3, intro yang sangat menarik! rasa drama nie macam best aje, Drama bersiri terbaru 13 episod Janji Kekasih ini diarahkan olen Pengarah yang tidak asing lagi iaitu Feroz Kadir, yang jugak pengarah drama yang meletup-letup baru nie iaitu Adamaya, so pastinya drama ini jugak mesti best!.

Drama Janji Kekasih dilakonkan oleh barisan pelakon yang hebat-hebat seperti Jue Aziz sebagai Karina, Ayu Raudhah sebagai Aliyah, Fezrul Khan sebagai Shah, Dato Jalaluddin Hassan sebagai Haji Safuan, Erma Fatima sebagai Hajah Hashimah, Ery Putra, Almy Nadia, Mustafa Kamal, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Berikut sinopsis Janji Kekasih di Slot Zehra TV3 – Kredit to Budiey.com

Janji Kekasih menampilkan Karina, gadis muda lincah yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan ditatang penuh manja oleh ibunya, Marina. Apa sahaja kemahuan dan permintaan Karina, Marina akan akur. Wang ringgit bukan satu masalah kerana Marina adalah seorang pemilik butik yang berjaya dan dengan cara inilah dia dapat memastikan bahawa satu-satunya anak kesayangannya tidak ada hubungan kait dengan bapa kandungnya, Hashim.

Bosan dengan kerenah ibubapanya yang berlumba-lumba untuk memenangi hatinya, Karina mendaftar masuk ke IPT. Namun usahanya tidak mendatangkan hasil kerana sikapnya yang malas belajar dan lebih suka menghabiskan masa berseronok dan menghabiskan wang ibubapanya bersama dengan Zarul, teman lelakinya.

Kawan sebilik asrama Karina, Aliyah sering menasihati Karina untuk berubah sikap menjadi lebih bertanggungjawab dan serius dalam pelajaran. Tetapi Karina membentak dan mengatakan hanya dengan cara inilah dia bebas dari dikongkong sesiapa dan dapat melupakan masalah yang dihadapinya. Malah, Karina tergamak mengupah Aliyah untuk membuat tugasan kuliahnya walaupun tahu dilema yang dihadapi Aliyah kerana kesempitan wang.

Jiwa yang sunyi dan sentiasa gelisah ditambah rutin sosial yang sama saban hari menyedarkan Karina betapa kosongnya nilai kehidupan yang dijalani. Ketika hatinya mula terdetik memikirkan kesalahan dan dosa-dosa silam, muncul Syah, seorang pemuda yang dibesarkan dalam suasana keislaman semenjak kecil. Keluarga Syah memang menjadikan Islam sebagai landasan dan pegangan hidup mereka sekeluarga. Begitupun tidak semua anak-anak Hj Safuan menerima didikan agama yang diberikannya. Terutama Syafiqah, anak keduanya yang belajar di luar Negara. Syafiqah memakai tudung kerana takut dimarahi Haji Safuan. Ketika di luar Negara, Syafiqah menjalani kehidupan bebas dan terikut-ikut cara hidup barat.

Hati Karina berdebar-debar ketika pertama kali mendengar lagu nasyid yang didendangkan Syah sewaktu latihan untuk persembahan malam kesenian Islam, di mana Aliyah dan Sumayah adalah ahli jawatankuasanya. Mesej ketuhanan yang disampaikan Shah, benar-benar mententeramkan jiwanya dan mendorong dirinya untuk mencari jawapan kepada pergolakkan jiwa yang tidak lagi dapat dibendung. Kata Aliyah, mimpi-mimpi ngeri dan rasa takut Karina adalah amaran kepadanya untuk bertaubat.

Perkenalannya dengan Syah, semakin mendekatkan jiwanya untuk menghayati Islam. Walaupun tidak menukar penampilannnya yang rugged, Karina sudah berupaya untuk mengawal pergerakan sosial seperti menghentikan kunjungan ke disko atau kelab malam dan menghindari rokok, arak dan lumba motorsikal haram. Malah, duit yang diterima juga selalu didermakan untuk kebajikan dan mereka yang memerlukan.

Namun, tidak semua menyenangi perubahan positif diri Karina. Aliyah yang selama ini ada hati dengan Syah terpaksa mengundurkan diri dan redha apabila Syah memilih Karina. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.

Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.

Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah?

Saksikan Episode 1 Janji Kekasih

[zdvideo]http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/pri/janjikekasih/janjikekasih_01_001_01_cft.flv[/zdvideo]

Part 1

[zdvideo]http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/pri/janjikekasih/janjikekasih_01_001_02_cft.flv[/zdvideo]

Part 2

[zdvideo]http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/pri/janjikekasih/janjikekasih_01_001_03_cft.flv[/zdvideo]

Part 3

[zdvideo]http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/pri/janjikekasih/janjikekasih_01_001_04_cft.flv[/zdvideo]

Part 4

Jangan ke tinggalan untuk menyaksikan episode seterusnya pada setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam di TV3 🙂

Tengok sini jugak – Tonton Online Episode Janji Kekasih

Episode 1

Episode 2

Episode 3

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

53 thoughts on “Janji Kekasih Episode 1 – Slot Zehra TV3”
  1. good bai zul huzaimy and ayu raudah saya harap awak lakunan lagi tau …………………??????????……..? bai good bai…..
    ?

  2. zul huzaimy ade cete kau laksana bulan kan tapi cerita kau laksana bulan kan ade ayu raudah kan……………?

  3. kau laksana bulan ada zul huzaimy dan ayu raudah sape yg betul yg masti lawan cerita ape pung tau kalau undi cerita kau laksana bulan …………………….????

  4. e bes ya cerita ini ade ayu raudah tu kan lawe la ………….?

    tap

    kalau ade zul huaimy lagi ayu raudah lagi bes tau ……………..?

  5. cterw kau laksana bulan best perw…asenye cterw ny boleh lwn kot..ehehe,, lakonan ayu raudhah dgn zul huzaimy dlm cterw ny mmg besssst…

  6. drama nie…BEST….tp klu dipanjangkn episod nyer….mcm nur kasih tue…MESTI lagi BEEESSSTTT!!!!…
    and klu bleh jgn la bg ending citer yg mcm nie watak yg BAIK or INSAF akhirnye mati….sbb klu bg watak yg BAIK or INSAF mati boleh dkatakn setiap episod akn ada org yg MENANGIS dan MERATAP kesedihan……
    but citer nie….aku bg 9/10 la….tp klu aku rasa director NUR KASIH combine ngan JANJI KEKASIH mesti lagy MANTOP…..hu3..kpd director2 yg akn membikin filem sepeti ini….SILA PANJANGKAN jalan cerita and EPISOD….borink la klu skejap2….k….I WILL GIV 4 THUMB UP!!!!

  7. frussss la xdapat tgk episod mgu lps,nape vdio xleh bkak??tv3 pn xleh bkak jgk,fruuuuzznyer.
    camne nk ygk epi mgu lps erk?

  8. Best citerni…lagu2nya macam kena dengan scene2 yang ada dalam citerni…tahniah kepada sesiapa yang terlibat

  9. memang x lwn nur kasih punye tp ia tunjuk kpd kita ttg integriti masyarakat dr aspek sosial yg mrangkumi keretakan rumah tangga, moral, agama dan bangsa….I sokong tv3…paparkan byk kisah masyarakat yg byk hanyut…dlm arus globalisasi

    1. Eh betul tu Zqah, akak pun tgk gak Alif Firdaus tu even xbest…huhu tp xde minat nk entry…haha. tp citer janji kekasih nie mmg intro nampak best! teringat pulak cerita nur kasih…antara yang terbaik 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge