Noktah Erna – Slot Samarinda TV3

Salam semua, Sejak akhir-akhir ini kebanyakan Drama yang di tayangkan di TV3 semuanya  bestkan? kini Slot Samarinda tampil dengan Drama baru yang mengantikan Drama Asmaradana. Drama Asmaradana nie memang Yan tak tengok sebab tu Yan tak review…ehehe, dengar-dengar drama nie ending dia tak best! tapi ntah ler tak boleh nak ulas sebab tak tengok pun.

Ok cerita pasal Noktah Erna nie, Drama Noktah Erna nie dah pun ditayangkan bermula 5 Mei setiap hari Selasa – Khamis jam 10.30 malam, di mana drama ini Sarat dengan Mesej Pengajaran Hidup.

Berikut Petikan Sinopsis Noktah Erna dari blog Budiey

Keseluruhan sinopsis berkisarkan kasih sayang antara ahli keluarga terutama antara ibubapa dan anak-anak tiada batas sempadan, tetapi kerap kali kasih sayang itu diuji sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak terluka dan mereka berpisah tanpa kerelaan. Itulah yang dilalui oleh Haji Taufik dan Aishah. Disebabkan ayahnya cuba menjodihkan Aishah dengan calon menantu pilihannya Aishah meninggalkan rumah bersama suaminya, Ismail yang tidak direstui oleh Haji Taufik.

Kedua-duanya Haji Taufik dan Aishah terasa hati dan tersinggung dan tidak mahu mengalah. ‘Perang dingin’ antara mereka berlarutan selama 25 tahun. Hubungan mereka kembali bertaut dengan kehadiran dan pengorbanan Erna.

Aishah dan Ismail sedang membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak tunggal mereka Erna yang akan pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian di luar negara. Begitu juga dengan keluarga jiran mereka, iaitu Cikgu Sakinah dan En. Mahfuz, mereka juga membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Shamsul. Shamsul dan Erna berkawan baik dan sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Setelah pulang, mereka terpisah kerana kerja di tempat berasingan.

Cinta yang terpendam antara Erna dan Shamsul teruji apabila kehadiran Kamal sebagai rakan kongsi perniagaan yang juga merupakan cucu angkat Haji taufik. Pada masa yang sama dengan pergaduhan antara ibu dan datuk Erna. Bagaimanakah Erna melakukan pengorbanan dalam kehidupannya? Mampukah dirinya mengatasi masalah kehidupan yang dibelenggu?


Promo Video Noktah Erna

Berdasarkan Sinopsis sahaja kita dah tahu cerita nie mesti best. Drama Noktah Erna ini dibintangi oleh Rita Rudaini, Aqasha, Julia Zeigler, Awal Ashaari, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani. Nampaknya ini lagi satu drama yang buat Yan melekat depan TV….ehehhe

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

26 Comments on “Noktah Erna – Slot Samarinda TV3”

  1. akak.. tahu x lagu tema cerite nihh?? sp pnyanyi n tjuk nyerr..
    klw blh ngn lirik nyerr skali… hehehe.. *_^

  2. rasa2nya cerita ni best…kasih sayang & pengorbanan, dimana erna berkahwin dgn kamal cucu angkat datuknya…itulah nak tau ni apa jadi dgn shamsul

    1. samalah saya pun. permulaan dia mcm tak berapa best, tapi rasanya cerita nie lama2 best kot sbb baca dari sinopsis mmg best..takpelah kita tunggu episod mggu dpn 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge