Salam semua selamat petang, hari nie Yan sibuk sikit, insyallah komen korang akan dibalas petang sikit lepas en.hubby pegi kerja…ehehehe.

Oklah bercerita tentang tajuk Entry ini, korang tengok tak Drama RTM Gelora Dihati Sara musim 2? Yan baru habis khatam tadi tengok episode 1 di Drama.sensasi.org.  Dulu masa Gelora Dihati Sara musim 1 memang Yan tengok sebabnya time nie rasanya Yan duduk kat kampung kot, en.hubby Out Station. So memang tak pernah miss tengok Gelora Dihati Sara musim 1.

Tak sangka pulak ada Gelora Dihati Sara musim 2 nie, sebenarnya Yan tidaklah gemar tengok Drama-drama kat RTM, tak tahu kenapa, dulu tengok pun sebab Mak Mentua memang suka tengok Drama-drama kat RTM, so Yan layankan jugaklah, nasib baiklah Drama Gelora Dihati Sara musim 1 memang best time tu, syahdu!!!

Ok kat sini Yan kongsikan Sinopsis Drama Gelora Dihati Sara musim 2 nie. Enjoy yea…

GDHS 2 mengisahkan pergolakan rumah tangga dan kisah percintaan suami isteri yang terpaksa berhadapan pelbagai cabaran untuk menemui kebahagiaan. Sara (Fauziah Latiff) dan Asrul (Rosyam Nor) yang pada mulanya ingin bercerai bagaimanapun terpaksa berhadapan ujian apabila Sara ditimpa kemalangan yang menyebabkannya kehilangan rahim.

Disebabkan itu, Asrul terpaksa membatalkan niat menceraikan isteri keduanya, Tengku Marina (Watie) atas dasar untuk mendapatkan zuriat.

Ikuti drama yang membariskan nama-nama besar seperti Fauziah Latiff, Rosyam Nor, Watie dan ramai lagi

Untuk menonton ulangan Episode 1 Gelora Dihati Sara 2, sila klik bawah

Drama.Sensasi.Org

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

34 thoughts on “Gelora DiHati Sara musim ke 2 di RTM”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge