Alyah juara Gah 1 RTM

Salam semua selamat pagi, kembalinya Yan dari bercuti selama 3 hari dari dunia blogging 🙂 semalam nak update pasal nie tapi tak larat sangat, sempat layan TV sekejap aje. Sebabnya semalam baru balik dari kampung en.hubby kat Jengka Pahang.

Semalam merupakan Malam Kemuncak  Gah 1 Akhir musim ke-7 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Surf Beach, Sunway Lagoon. Sebenarnya Yan tak tahu pun apa-apa pasal Gah 1 nie sehinggalah Yan balik kampung dan bersembang dengan Mak mertua pasal Malam Kemuncak  Gah 1. ehehe nampak sangat memang tak layan RTM nie 🙂

Semalam Alyah berjaya merangkul gelajaran juaran dan Alyah juga meraih kemenangan berganda apabila persembahannya dinobatkan sebagai persembahan terbaik.

Finalis lain yang turut beraksi ialah Azharina Azhar (Rawan), Stacy (Pakai Buang), Tomok (Rindu Terhenti), Faizal Tahir (Bencinta), Stacy & Adam (Menggegar Dunia) dan Grey Sky Morning (Cinta Gila).

Sumber Beritaharian

Nota Yanmie : Alahai Faizal tahir tak menanglah..huhuhu

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

7 Comments on “Alyah juara Gah 1 RTM”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge