Alhamdulillah kembali tenang seperti sedia kala

Salam semua selamat pagi, syukur alhamdulillah keadaan kembali tenang seperti sediakala, terima kasih kepada semua kengkawan yang sudi komen kat entry INI, terima kasih atas nasihat, pandangan, teguran dan kata-kata semangat. Yan amik semua apa yang kengkawan semua komen di dalam entry tersebut, insyallah mudahan perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi..Amin, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan, tapi kalau kita sentiasa beringat benda macam nie tak akan terjadi. peringatan jugak untuk kengkawan yang lain.

Rasa fobia masih ada dalam diri, kadang-kadang terasa api masih ada depan mata, tidur pun dah tak nyenyak asyik teringatkan api je, anak-anak Yan apatah lagi, terutamanya yang kecik (Haziq) sehinggakan taknak langsung lalu depan bilik tersebut, kalau lalu pun dia akan nangis taknak lalu depan bilik tu, siap suruh bungkus 1 badan dengan kepala sekali kalau nak bawa dia pergi bilik air, Haziq langsung taknak pandang bilik tu. yelah kan sebelum kejadian dia dah tengok abang dia main lighter kat bilik tu, so maybe dia teringat-ingatlah kot lighter tu puncanya api jadi besar.

Yang cerdiknya Aiman nie, lepas je dia main api dia pergi letak balik lighter tu kat tempat asal, so kami tak syaklah dia yang buat, nak kata litar pintas tak sebabnya bilik tersebut takde pun pasang sebarang benda elektrik. Selalunya en.hubby letak lighter dalam porch bag dan di letak atas almari, tapi yelahkan benda terjadi begitu pantas, tak sangka pulak Aiman ambik senyap-senyap dan masuk ke bilik tersebut dengan kedaan bilik yang gelap, sebab lampu tak pasang, sebab tu tak sangka betul Aiman yang bermain Lighter dalam bilik tu. tapi rasanya diorang masuk sekejap aje, maybe Aiman try nyalakan api then dia terus keluar dan letak balik Lighter tu, dan tak sangka boleh jadi macam tu.

Tapi lepas kejadian tu ada tanya Aiman, dia kata Adik yang buat…hem adik dia manalah reti semua benda nie. Last-last tanya kat adik dia sapa yang buat…Kita ikuti temuramah Yan dengan Adik (Haziq) yea…

.

Ibu/Yan : Adik ada masuk bilik tak dengan abang??

Adik : Ada dengan Abang

Ibu/Yan : Adik dengan Abang buat apa kat dalam bilik??

Adik : Abang main Leter (Lighter)

Ibu/Yan : Abang ambik kat mana Lighter??

Adik : Abang ambik ayah punya kat atas meja

Ibu/Yan : Abang buat macam mana dengan Lighter tu??

Adik : Abang buat macam nie…*sambil haziq lakonkan balik cara Aiman petik Lighter*

.

See…Haziq sangat jujur ok! budak-budak yang usia 3 macam haziq nie tak mungkin menipu! Tapi tulah mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini, nampaknya Yan kena lebih berhati-hati dan beringat lebih selepas ini. Mungkin Aiman pun tak sangka benda nie boleh terjadi, maybe dia main api lepas tu tinggal then letak balik Lighter tu kat tempat asal, yelah budak baru nak pandai semua dia nak explore.

Semalam en.hubby tak kerja sebabnya dia jadi sehelai sepinggang, baju kerja habis semua terbakar, so 2 hari jugak kami shopping ke Jusco bukit tinggi, Pasaranya Econsave dan Sunway Piramid semalam untuk cari barang keperluan yang lain. Sakit badan tak boleh nak ceritalah macam mana sakitnya, bayangkan kena mengemas dan membasuh 1 rumah, Yan dan en.hubby sampai dah macam nak demam-demam, sakit seluruh badan, isi-isi badan nie macam merayu suruh berehat..ehehe, sakit ok! sampai kat tulung punggung, pinggan, kaki, tangan…tapi bersyukur sangat kerana kami masih lagi bernafas di bumi Allah 🙂

Dan syukur masa kejadiaan anak-anak tak duduk dalam bilik tersebut, kalau tak memang giler Yan dan en.hubby hari nie. masa kejadian tu anak-anak ada bersama kami sambil mereka berdua bermain kejar-kejar. Yan redha dengan apa yang terjadi, ini adalah dugaan dari-NYA. Pengalaman mengajar kita untuk lebih berhati-hati, untuk mematangkan dan mendewasakan kita!.

Nota Yanmie : Tapi yang jadi terkejut Yan dan En.hubby, selepas kejadian tersebut tetiba pulak  Haziq jadi pandai bercakap…..hehehe terkejut jugak kot…

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 Replies to “Alhamdulillah kembali tenang seperti sedia kala

  1. kak, jgn marahkan si abg tu sbb saye ade pengalaman, sepupu saye kene marah dgn mak diorg, adik la salahkan abg, terus abg berdendam sampai ke besar ni tak bercakap, lebih 10 thn dah. si abg dah 19 thn, kejadian mase si abg umur 7 thn kot, punye la lame, maikn lame diorg makin jauh, n dh jadi payah nak rapatkan diorg. samapi sekarang bercakap pun sepatah due je. padahal tu la 2 org adik beradik..
    .-= ain´s last blog ..Ceritaku Bersetubuh Dengan Guru? =-.

    1. Salam Ain, akak mmg xde marah kan anak, dh nama pun budak umur 4 thn tak tau apa sgt lg..baru nak cerdik sikit nak explore itu ini.

      owh kesian jugak je dgn sepupu ain tu..mudahan di beri petunjuk kpd mereka berdua agar dpt berbaik..org tua pun memainkan peranan yg pnting dlm hal ini, klu tak tu yg blh berlanjutan sampat ke dewasa.

  2. Alhamdulillah semuanya selamat…
    saya baru jer terbaca entry nie…
    semoga tabah yer…
    setiap dugaan Allah uji dalam tahap kemampuan seseorang jer…
    mana tau ada hikmah selepas nie…InsyaAllah…
    .-= ejam´s last blog ..Rindu pada AMANI terubat =-.

  3. syukur alhamdullilah semua selamat …tapi penat gakla nak mengemas semua…
    .-= ifti´s last blog ..Sayang Cendana Episode 13 =-.

    1. Syukur Ifti semuanya selamat…betul tu nk mengemas tu lah yg bnyk keje…takpelah yan slow2 buat ngan en.hubby..nie pun seharian suntuk smlm keje kami mengemas je..tu pun x siap2 lg..

    1. Syukur Feez semuanya selamat. yelah nk mengemas tu yg x larat nie pun x abis lagi ngemas bilik tu..tak tahulah bila siap, benda nie xleh setel dlm masa terdekat..sbb 1 rumah nk kena basuh dan kemas blk..huhuhu

  4. Ya Allah kesihannya.. sy simpati, semoga tabah menghadapi dugaan Nya yang hebat ini..
    .-= 2213´s last blog ..GEGATA =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge