Salam semua, hari nie Yan nak share pasal cerita di TV3 slot Telenovela yang bertajuk She Wolf, cerita nie best jugak bila lama-lama Yan tengok, masa mula-mula macam biasa je, tak nampak pun apa menariknya, tapi bila watak JayJay dan Ulay dah besar memang suka tengok sebabnya hero dan heroin memang cun! Yan nie suka tengok pelakon dulu, kalau hensem ke cantik ke baru tengok..hahaha, adakah pulak macam tu kan? yelah bila mata dan sedap memandang benda yang indah-indah barulah dapat fokus pada jalan cerita.

Drama Slot TelenovelaSHE – WOLF, The Last Sentinel” telahpun di tayangkan pada 23 Mac 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang. Menurut sumber yang Yan baca dari Blog Budiey yang mana Drama bersiri terbaik terbitan ABS-CBN Broadcasting Corporation telah pun mendapat sambutan yang sangat baik di Negara Fhilipina, yang mana membariskan pelakon-pelakon yang begitu berbakat dari Filipina seperti Angel Locsin, Piolo Pascual, Shaina Magdayao, Ryan Eigenmann, Pilar Pilapil, Agot Isidro dan ramai lagi.

Yan pun tidak ketinggalan untuk stick kat TV3 untuk menonton Slot Telenovela She-Wolf The Last Sentinel ini, makin lama tengok makin best. Korang boleh baca ulasan penuh aka berjela-jela di Blog Budiey.

Angel Locsin memang cantik dan seksi, rasanya ini gambar dia paling sopan yang ada kat en.google…ehehe, lelain tu semuanya seksa

Ya Rabbi…hensem kan?? hehee inilah dia Piolo Pascual, ada je banyak gambar dia yang seksa macam Angel Locsin tapi malas nak letak sebabnya nak jaga kesucian blog ini..wah!! haha, korang google sendiri ok!

Psstt!! tetiba teringat kes tahun lepas ada seorang blogger yang menyamar jadi Piolo Pascual, gambar-bambar Piolo Pascual di edit untuk dijadikan muka blogger tersebut..hem tak nak mention siapa orangnya, yang pasti blogger tersebut dan pun mendelete blognye.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 thoughts on “Telenovela She Wolf di TV3”
  1. Xpernah pun tau yg She-Wold nie drama phillipine..Sha mula minat drama phillipine sejak tgk Dyesebel, cite ikan duyung..haritu nampak iklan she-wolf..dengar la diorang ckp filipino…terus menghadap tv pukul 3 petang tu..haha^^ memang best^^

  2. Piolo punya pasal la akak sampai kesini, asyik google dia je beberapa minggu ni tapi takde la kemarok sgt sb ‘Piolo’ akak kat rumah tu lg hensem…hehe…
    .-= kakzana´s last blog ..Kad untuk IBU! =-.

  3. tapi wan x minat la telenovela
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Perkara Yang Selalu Terjadi dan Tidak Disukai =-.

    1. hahhaa..takpe2..kakyan pun x minat, sbb citer tagalog tu yg tgk..dulu2 tgk time rosalinda..perg!!! citer mmg best..hahaha

    1. salam kak, kebetulan yan suka cerita nie kak, so harus yan share kt blog nie 🙂 so far tgk citer nie mmg best kak..trylah tgk..yan sbb follow dr awal tu yg best! lagi pun yan mmg minat citer tagalog kak 🙂

    1. hahha yea2 itu yg sebenarnya…ekekeke, tp klu yg malaysia pnya tak tgk pun paras rupa sbb kita dh tau pelakon mana yg best dan serba boleh 🙂

  4. aku wanita berkerjaya. tiada ms menonton telenovela.
    wah! skema nyer ayat..
    tp, coming soon SHAM to be.. *wink*wink*
    harus aku folow telenovela..
    pastu blh la review kt banglo baru… hiks!

    br aku tau cite tagalog rupanyer she-wolf ni..
    ingt cite omputeh!
    .-= kakngah´s last blog ..tayangan unggul =-.

    1. hahhaaha ayat memang skema kakngah 🙂
      erk….hahhaa ada ke??

      waawawawa…x sabar nie nk tgk kakngah punggah barang pindah rumah banglo 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge