Salam semua, Akhbar Harian Metro hari nie ada menulis tentang Redmummy atau lebih mesra dengan panggilan KakRed dikalangan rakan-rakan. Mesti semua orang tahukan siapa dia Redmummy? siapa lagi kalau bukan salah blogger terkenal di negara kita Malaysia. Yan memang kagum dengan kakRed, Yan kenal KakRed masa dia guna blogspot lagi dulu, www.redmummy.blogspot.com malah blog tersebut masih wujud, katanya sayang nak delete…ehehe 🙂 Yelah banyak kenangan dalam blog tersebutkan, malah dengan blogspotlah KakRed mula berbelog.
Yan selalu baca blog KakRed, maklumlah blog wajib Yan buka tiap kali online. Paling best layan gambar-gambar dalam blog KakRed, Baru nie tengok gambar masa Project Alpha hari tu, tersangkut jugak muka si aie aka Darkbatman, glemer sekejap kawan nie..hehehe, “See betulkan Aie, KakRed tu tak sombong” sebabnya kadang Yan bertweet jugak dengan KakRed, memang dia balas je. Tapi pelik kenapa ramai yang kata KakRed sombong..hem, Jangan mengata orang dari luaran tapi tengok dalaman 🙂
Ok nie berita pasal KakRed di Akhbar Harian Metro hari ini, Layan yer…korang mesti kagum 🙂
SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.
Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.
Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.
Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.
“Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.
“Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya,” katanya.
Menurut Mira, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang.
“Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.
“Memang saya sangat teruja ketika itu. Tidak sangka menulis boleh mendapat duit walaupun jumlahnya kecil,” kata Mira.
Pendapatan pertama menyebabkan Mira semakin bersemangat menulis. Menariknya, blog Mira menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular.
“Inilah antara rahsia mengapa blog saya mendapat ramai pengunjung. Tambah pula pembaca tidak terhad kepada kaum ibu saja tetapi terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang,” katanya.
Jika dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.
“Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar,” terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.
Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.
“Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi,” akuinya.
Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.
“Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca,” katanya.
Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.
Mira juga mempunyai orang kuat iaitu Geng Blog Merah seramai lima orang dan mereka inilah yang akan menyelaras program anjuran Redmummy.com. Antaranya Hari Keluarga Redmummy.com yang diadakan di Putrajaya tahun lalu.
“Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy. Ini juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Redmummy.com,” kata Mira.
Tambahnya, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.
Kebanyakan pengunjung setia blognya juga mempunyai blog peribadi. Ada yang bertanya bagaimana menjana pendapatan dengan menulis blog. Mereka harus mempunyai semangat yang kuat serta tidak kenal erti putus asa.
“Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.
“Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir,” katanya.
Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.
Kak Red juga ada kongsikan Tips Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.
Baca jugak Entry KakRed kat SINI, KakRed ada bagi link untuk Tips sekali dan Harian Metro kat SINI
nak jadi macam kak red!
sara recently posted..Selepas Pukul Pelajar Guru Beronani Di Luar Kelas
Have you ever considered about including a little bit more than just your
articles? I mean, what you say is valuable and everything.
Nevertheless think of if you added some great visuals
or videos to give your posts more, “pop”! Your content is excellent but with images and video
clips, this blog could certainly be one of the very
best in its niche. Wonderful blog!
Salam??…mcmmane kita nk cri panduan bina blog yg betul??? sya x tau mcmner nk dapatkan sumber yg betul…help me
uish!!! rasenye lbh kurang sama masa berblog dgn red mummy, tp ciksya lama tggalkan blog sbb kepupusan idea, nmpknye kene berblog semula ni… hehehe
cik sya recently posted..VVIP MAHA 2010
@eyriqazz
betul semua…menyenangkan…
@Amy
betul…kak ed kata ada info yang kurang betul…
jadikan kerja berblog nih…mak merah memang hebat…esok yan pun begitu juga…
Bestnye Redmummy ni kan…dari hobi blh jana pendapatan.. Blh jadi inspirasi ni +_+
Tips-tips yang diberikan oleh RM 2 sangat berguna. RM adalah idola blogger. Selamat berjaya semua,.. Jangan putus asa,
macam mana nak buat duit dari blog
.-= jasli´s last blog ..SELAMAT HARI RAYA =-.
certain facts dari article tu telah dibetulkan sendiri oleh RM dan boleh dibaca disini..
http://redmummy.com/2010/04/14/selepas-rahsiaku-dibongkar-di-hmetro/
GBM on behalf of RM
yep yang tu saya tau sbb dh baca kt blog kakred 🙂
saya baru buat blog..tak paham sgt dengan blog ni..so, ape yg 1 sy buat…saya tgk blog orng lain..bg la idea..tolong..
salam efa, blog nie mcm diary harian kita..terpulang kita nk tulis apa yang kita suka 🙂 yang pnting kita tak tertekan dan enjoy dengan penulisn kita, selamat berkarya 🙂
Whoaaaa…!! 10 entri sehari???? Seminggu boleh tahan lagi. huhu
.-= imran´s last blog ..Keberkesanan Program Motivasi =-.
yg tu blh baca kt blog dia, banyak yang tak betul kat metro tu..dia dh perbetul 🙂
Penulis blog ni plak berapa ribu sebulan income?
.-= Phazli´s last blog ..Superman penjajah Amerika menjajah dunia. =-.
salam phazli, hehehe….belum ada sampai ribu…haha jauh benar tu 🙂
bagus..saya suka dengan redmummy.com.. rajin orangnyer…
.-= strengenge´s last blog ..Mandi Koboi =-.
yep saya jugk suka 🙂
thanks for the support to redmummy.com.
🙂
salam..ur welkam 🙂
certain facts dari article tu telah dibetulkan sendiri oleh RM dan boleh dibaca disini..
http://redmummy.com/2010/04/14/selepas-rahsiaku-dibongkar-di-hmetro/
GBM on behalf of RM
Yanmie pun apa kurangnya.Suka sgt dengan :
1)template yanmie
2)gaya bahasa penulisan (jealouss)
3)cara yanmie berinteraksi dengan pembaca
.-= eyriqazz´s last blog ..Terima Kasih Cik Epal =-.
yeker..thanks yea *baca komen sambil senyum..hehe*
btw blog eyriqazz pun best, gaya penulisan tak sama mcm org lain, sbb tu saya pun suka 🙂
tips-tips yang diberikan oleh RM tu memang berguna untuk semua blogger tak kira la yang baru menceburi atau dah lama berkecimpung di dalam penulisan blog
.-= wazy´s last blog ..Contest Hidup Untuk Memberi Dan Menangi Acer Aspire One Percuma =-.
betul tu wazy…sangat berguna Tips2 yang kakred kasik, kita apply sama2 yea 🙂
salam yan..sht?k.atie pon kdg2 g umah redmummy nie…merah menyala umah dia kan!insallh satu hari nanti ,yan pon leh jadi cam dia gak…glamour!!sbb blog yan nie best..mcm2 info ada…
.-= ~azatie~´s last blog ..Resepi puding mangga…. =-.
salam kak, yea merah menyala mmg yan pun suka..terang je mata 🙂 ehek..insyallah kak, tp nmpk mcm masih jauh lg perjalanan…
besh2 nk jd gak..hee
.-= ijai´s last blog ..pesanan terakhir =-.
yep boleh jadi inspirasi kepada semua 🙂
redmummy nih idol la…yanmie online pon idol juge dihatiku..hehe
ehek….yeker, wah tengkiu ada jugak yang nk beridol ngan yanmieonline 🙂
Redmummy the BEST!! boleh ikut tips yang dia kasik tu
yep setuju!!
yan, xjd cam redmummy jd cam ko pun dh ok dh yan.ahaha
.-= darkbatman´s last blog ..Rm20 For Free =-.
hahhaa…weh jadi cam aku nie dpt apa? hahaha…ko nie aku masih meerangkak2 lagi wei..silap2 ko tinggal aku, maklumlah ko tu kan OKB dan tu masuk blog kakred lak, jeles weiiiiiiiiiii
hebat tul kan RM 😉
.-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.
memang HEBAT!! sapa kata dgn blog x mendatangkan hasil??
saya tak kata…huhu
blog yanmieonline ni pun tak lama lg jd cam redmummy la hehehehe
.-= arieza´s last blog ..::: Gambar ‘Awkward’ Bersama Keluarga =-.
heehee..insyallah mudahan 🙂 tetiba lak senyum baca komen arieza nie, mcm jauh je jln nk jd cam kakred tu 🙂 tapi berangan dulu arrr…hahaha
nak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi ngan redmummy. gila berangan. keh3.. tp kalau buat bebetul, insyaAllah semuanya tak mustahil malah mungkin lebih hebat dr redmummy 🙂
.-= Zon Bebas blog´s last blog ..Gambar-gambar haiwan dengan moment yang menarik (part 1) =-.
yeay aku pun berangan cam ko gak, takpe berangan untuk benda baik x salah..wah!! yelah kalau buat betul insyallah blh…kena ikut tips yang dia kasik tu 🙂
kne jd mcm redmummy ni..redmummy idola dunia blogger =)
tips yg bagus..
.-= miemoozie´s last blog ..Tuah ayam nampk dikaki.. =-.
yes betul2!!
berkobar2 juga..bila pula giliran kita ya?hik3…
.-= eyriqazz´s last blog ..Teratakarmo | Strategi DiSusun di Medan SEO (Search Engine Optimization) =-.
berkobar2 tetiba dan bersemangat terus baca entry kakred, eyriqazz dh nmpk ke arah tu 🙂
ya…redmummy idola ku….bukan saje as a blogger but as a carrier mother….
yes setuju…yan pun sama!!
tak suka dgn blog dia..bkn taste..huhu asik ckp psl isu pmpn
.-= x-po´s last blog ..SUNGGUH MERINDUI SAAT-SAAT DAHULU =-.
hahahaha…yea2 isu pompuan yg bnyk, but ai like….:)
Orang pompuan..muka cantik sikit, ada tips ada lah yang masyuk..hehe, ramai lah popular kat luar dulu baru berblog…haha
sebenarnya kalau setakat harapkan click mmg tak boleh dapat 10k. logiknya kita sendiri pun jarang atau jarang2 sekali klik iklan nuffnang tu.
tapi lihat ulasan produk redmummy.com, rasa most of the income datang dari ulasan produk dan tajaan produk utk sesuatu jangka masa.
lihat berapa lama masa diperlukan utk penaja terpikat dgn sesuatu blog tu.
apa2 pun seo yg penting, dan offline marketing redmummy mmg best, bukan senang nak masok metro. in colour lagi, well she is one in a million, malaysian.
salam sukaor, ha ye betul tu..klu harap klik berapa sen sangatlah yang kita dapatkan 🙂 yea kakred banyak dapat dari ulasan produk aka advetorial, apa yang penting Trafik mesti mantap untuk meneruskan advetorial akan datang, kakred ada bg tips tu, kita applykan sama2 yea..ekeke..
Apa yang penting jugak Seo, dengan seo nie lah trafik keluar masuk 🙂 so pasnie harus rajin main keywords 🙂
memang kagumkan dgn blog je blh jadi mewah!
terer redmummy tu kan kak yan 🙂 ape2 pon, kalo kita berblogging dengancara yang betul pasti membuahkan hasilkan 🙂
.-= ieda´s last blog ..SEGMEN BARU : JELAJAH BLOG IBU =-.
betul tu ieda, yg penting kena ada usaha..see betapa gigihnya dia, sangat kagum 🙂 betul berblogging yang mendatangkan hasil kena ada caranya
nak jadi macam redmummy. hehe.. 😀
.-= Amir´s last blog ..Jadi Mewah Kerana Blog Redmummy.com =-.
yeay kita serupa 🙂
Kak Red mmg inspiring dlm dunia berblog. thanks for sharing 🙂
.-= ween´s last blog ..Buying a hosting =-.
ur welkam, betul tu!! masuk je blog kakred mmg x bosan, sbb bnyk betul yang dia share cerita dia kat sana..yn penting entry ada gmbr sbb saya suka baca entry sambil tgk gambar 🙂
Tapi die mesti upah orang nak wat blog yang bagai tu…merah tapi tak annoying an?
Ai..komen dua orang je..Esok-esok nak gak carik pasangan idup yang berblog…ley berblog same-same…komen same-same…keh..keh..
salam rashid, nie ha dh ada komen kawan2 yang lain..sila lah baca yea 🙂 biasa klu publish entry je org yg pertama datang adalah si daus my peminat tegar dan cikmin..ekeke..perasan sudah 🙂
Redmummy ada persamaan dgn Daus, teka apa dia?, hehe
.-= Dauspozi´s last blog ..(Video) Kerusi Malas Yang Misteri =-.
ehek…apa yea?? bgtaulah apa dia daus :))
hihi, ok2 daus gtau… persamaan kitaorang ialah menggunakan warna kegemaran sebagai warna theme blog, hehe…
.-= Dauspozi´s last blog ..(Video) Kerusi Malas Yang Misteri =-.
ooo hahaha…memula suspen jugak..hahaa, kakyan inat merah tp terpaksa guna themes yang nie sbb mesra seo lgpun dh bnyk godek kt themes nie, ingat tak kakyan pnya layout merah msa blogspot? itu yg paling kakyan suka…hihihi 🙂
oh… takde ke layout merah yg mesra Seo?
.-= Dauspozi´s last blog ..(Video) Kerusi Malas Yang Misteri =-.
sesungguh nya hijau itu memang kegemaranku… 🙂
.-= cikmin´s last blog ..Lihat Redmummy Ingat Pak Supir =-.