Baru kejap tadi tengok berita di TV3 tentang Laman Blog yang menghina Almarhum Sultan Johor, Blog mana lagi kalau buka blog si Aduka Taruna tu, setakat ini 31 laporan yang diterima oleh pihak polis berkenaan Laman blog tersebut.

Sesiapa yang terlepas berita tadi, boleh tengok video yang sempat Yan amik nie, Sound memang kuat dan jelas…ahaks…

See…kalau sabit kesalahan boleh di denda RM 50K , Penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali…huhuhu…

Lain kali kalau nak tulis apa-apa fikir dulu ok! pengajaran jugak nie buat kita semua.

Apa pun Institusi kedaulatan Sultan kita kena hormati, kalau bukan kita yang memartabatkannya siapa lagi? lebih-lebih lagi yang diperkatakan itu berkenaan yang sudah tiada. sepatutnya sedekahkan Al-Fatihah ke…aduh..apa nak jadilah sekarang nie, Kerana Blog Badan Binasa…huhuhu

amik ko…..Standby fulusss RM 50K * banyak woooo* silap haribulan pulak masuk jail…

Disini Yan tidak menyokong mana-mana pihak. Tapi berilah peluang dengan Aduka, rasanya dia pun dah menyesal atas perbuatannya, dan dia pun dah membuat kenyataan pada laman blognya untuk meminta maaf kepada semua rakyat malaysia. dan pada pukul 4.40ptg tadi Aduka menyerah diri di Balai Polis Kota Bharu. untuk makluman lanjut Klik SINI

Al-Fatihah buat Almarhum…moga rohnya dicucuri rahmat…amin….Daulat Tuanku!…Daulat Tuanku!….

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

8 thoughts on “Tindakan keatas Aduka Taruna jika babit kesalahan”
  1. hek eleh… orang dah lupa ke tahun 90’an dulu… orang bukan pembangkang duk hina raja-raja melayu, siap ajak semua yang lain, nak hapuskan institusi beraja pun ada…
    siap yang kat ganung…. nak deris natang…
    siap kat kelantan, tabal raja baru bawak pokok…
    siap ada raja sampai tak cukur janggut lagi…

    kalau ada yang rajin… cari kat facebook, lagi banyak…

  2. Bagi Daus, Hina Sultan boleh diberi peluang kedua kalau si Aduka ni betul² menyesal… tp kalau hina Allah, boleh bagi peluang kedua tak erk?

    Btw… Daus ada tengok berita ni semalam tapi tengok sekejap je… Mujur kak Yan sempat record… siap tinggikan volume lagi tu… hihihi….

    Betul ke si Aduka ni pembangkang? or saje nk memburuk-burukkan pembangkang… kalau ye pun nk berpoligami berpolitik, jgn la bawa² nama Sultan…

    P/s: membebel kat sini lak…. hihihi…
    .-= Daus´s last blog ..Cara Mudah Download Video Dari Youtube =-.

  3. orang pembangkang..memang macam tu..sultan tak patut dibabitkan dalam hal politik
    .-= ishak´s last blog ..Kutukan aku kepada blogger yang menghina almarhum sultan johor =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge