Bila anak-anak demam

2-3 hari lepas kalau korang perasan memang Yan xde online pun, sibuk menjaga anak2. anak2 Yan tak sihat, memula yg kecik nie demam dulu, tak nak makan langsung, minum susu je itupun sikit je. kalau tengok badan dia sekarang pun dah namapk kurus sikit…alahai siannya anak Ibu nie. So kami pun bawa haziq ke Klinik kat Bukit Tinggi. Doktor kata demam biasa je, doktor ada kasi ubat 4 jenis.

Dan malam besoknya pulak Aiman yang demam, time nie syukur kejap je demam haziq dh beransur pulih. Giliran Aiman pulak demam panas. aduhai….kesian anak2 ibu nie.

Yang paling mencemaskan tetiba Aiman tersedak dari tido, time nie en.hubby baring sebelah Aiman, kami berdua tak tido lagi, sambil2 yan temankan en.hubby tengok bola sepak kt Astro, dan sambil jugak Yan YM ngan CikMin. Time Aiman tersedak tu laju je kami bagunkan Aiman, tengok Aiman pun dah macam sesak nafas, muntah, banda panas betul.

Dan malam tu jugak kami ke HTAR bawa Aiman, sbb time tu dh pukul 1am, kt Bandar Puteri nie tak ada klinik yg buka 24Jam, tanpa berfikir panjang Yan ckp ngan en.hubby supaya gi HTAR je. Sampai kat HTAR kami x tunggu lama. sebab kt bahagian kecemasa tu memang buka. so bawa aiman kt situ je. Bila doktor cek, doktor kata Demam biasa, time nie demam aiman dh turun sikit ke 37darjah, daripada berapa pun Yan x ingat sebab dah risau sangat. Doktor pun kasik ubat kat aiman ada 5 jenis. Dok kata kalau x elok dalam masa 2-3 hari kena datang balik follow up.

Ubat Aiman dan Haziq, banyak kan…nie pun jenuh paksa diorg makan ubat..huhuhu

Baru je belikan diorg Vitamin nie…mudahan makin bertambah selera makan diorg..ebih2 haziq yg nmpk semakin kurus dek demam kali nie…huhuhu

Tapi syukur alhamdulillah, AIman demam sehari je…Fuh lega sangat. Now kedua2 anak Yan dh sembuh dan dah boleh bermain macam biasa. Dan Yan pun dah start menjerit sana sini…hehehe…*biasalah anak2 ektip kan* so mak bapak pun kena ektip gak..hehehe

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

3 Replies to “Bila anak-anak demam

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge