Aduka Taruna di Tahan dan bukan menyerah diri

Aduka Taruna di Tahan dan bukan serah diri seperti apa yang dia tulis di blognya sebelum ini. Berikut dibawah petikan Akhbar dai Berita Harian Online

JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Berita Penuh

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya…Fuh…Jumlah yang begitu banyak, See Entry yang ringkas macam tu pun boleh jadi macam nie kan, sebab apa? sebab sebelum menulis tu tak fikir dulu…huhuhu…pengajaran jugak untuk kita semua.

Klik sini untuk sedutan video berita TV3 malam tadi

Pssttt!! mati2 ingat dia menyerah diri…huh…takut lah tu….2 hari tu menyembunyikan diri..hohoho…

Update terkini berita TV3 pukul 8.00 malam

– Aduka Taruna Menyerah diri dan di reman selama 4 hari bagi membantu siasatan.

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

6 Comments on “Aduka Taruna di Tahan dan bukan menyerah diri”

  1. Adess… daus pun mati² igt dia ni serah diri bila baca Si Evelyn tulis kat blog aduka…
    .-= Daus´s last blog ..Cara Mudah Download Video Dari Youtube =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge