Beraya dengan Keluarga Mertua


Diam tak diam lebih kurang 4 hari lagik kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri

Hati terasa tidak sabar menanti saat itu

tetapi hati jugak sedih meniggalkan bulan ramadan yang mulia ini

Bulan yang penuh dengan keberkatan

Raya tahun nie beraya dengan keluarga abang (mertuaku sayang)

Yan berterima kasih dengan keluarga mertua yang begitu amat menyayangi suami, Yan dan anak2

Yan begitu cintakan diorang sama macam Yan cintakan kuarga sendiri

Mak mertua sangat2 memahami dan penyayang

beliau jugak boleh Yan jadikkan teman sahabat

bergurau bersama seperti orang muda teman2 baik Yan.

Tiap2 tahun mak mertua akan memberikan sepasang baju kurung

yang dijahit khas olehnya

kebiasaannya dia akan jahit cantik2 dan akan menyulamnya

Kekadang tu naik segan jugak jadiknya

So tahun nie pun sama jugak

tak sabar nak nengok baju tu…yahoooo!! Baju raya Yan dan suami serta anak2 mak mertua yg jahit

Beliau seorang tukang jahit yang terkenal di kg.



Kepada Mak mertuaku sayang (macamlah mak nak surf internet plak)

nantikan kepulangan kami untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Tema raya untuk tahun nie Yan memilih kaler warna merun ala2 pink gitu

Yang seronoknya tahun nie beraya bersama ngan Haziq

Haziq pun nanti pakai baju melayu gak

cemanalah rupanya nanti…comel kot..hehhee..

puji anak sendiri

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge