Placenta Previa – Uri Dibawah Semasa Mengandung

Salam, semasa mengandungkan Baby Irfan dulu saya pernah disahkan mengalami Placenta Low Lying – Uri Dibawah Semasa Mengandung tapi taklah tahap kritikal, uri cuma berada ditepi pintu rahim dan tidak menutupi sepenuh pintu rahim, dan masa tu usia kandungan dalam 28 minggu, masih banyak masa untuk Uri naik dan bertukar kedudukan. tapinya time tu kena bedah juga secara emergency sebab air ketuban dah pecah dan pintu rahim tidak ada bukaan.

Dan kali ni, scan banyak kali (adalah dalam 8 kali gitu), Uri/Plasenta berada dibawah, tak berubah-ubah kedudukannya, masih dibawah, naik risau pula saya jadinya. Tapi saya yakin sebabnya masih lagi awal baru 24 minggu iaitu 6 bulan. Tapi sepatutnya Uri dah naik sikit ni.

Tiap kali scan mesti doktor cakap, Uri kat bawah sangat ni, betul-betul menutup pintu rahim, . haishhhh risau sungguh-sungguh, mana tak risaunya uri menutup laluan pintu rahim. memang tak boleh bersalin secara normal lagilah kalau macam ni.

Patutlah saya mengadu kenapa baby ni gerak asik kat kawasan bawah sahaja? tak naik-naik pula baby ni gerak, kadang rasa tak selesa sebab duk gerak kat bahagian bawah perut je, rasa dicuit-cuit gitu hehehee. Doktor cakap mungkin sebab uri dibawah jadi baby berada dibawah juga. Bila perut besar nanti automatik baby akan naik. ermmm tapi tulaa..Mengandung Tapi Perut Kecil je ni, tak puas hati pula, macam segan nak besar hehehee. Aurat kot kan..baby malu nak tunjuk perut ibu yang boyot ahaks!

Continue Reading

Placenta Low Lying – Uri Dibawah Semasa Mengandung

Salam, sekarang usia kandungan saya mencecah 29 minggu, sekejapnya masa berlalu, sejak kehamilan saya 4 bulan lagi doktor dah detect yang saya mengalami Placenta Low Lying – Uri Dibawah Semasa Mengandung sehinggalah usia kandungan 28 minggu tapi still kedudukan uri dibawah lagi.

Placenta Low Lying - Uri Di Bawah

Placenta Low Lying – Uri Di Bawah ini adalah tahap 1 yang mana ianya tidak menutupi pintu serviks, tetapi dikhuatiri akan berada lagi lebih rendah apabila usia kandungan semakin meningkat, walaubagaimanapun tahap 1 bukanlah tahap Placenta Previa lagi, namun kerisauan tu sentiasa ada kalau tetiba doktor mengesahkan saya mengalami Placenta Previa (Uri dibawah yang menyebabkan tidak boleh bersalin normal, kerana ruang rongga untuk baby keluar ditutupi oleh Placenta/Uri), harapnya tidaklah….

Continue Reading