Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome)

Salam, sekarang ni rasa macam tak sihat sebabnya Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome), dan alhamdulillah sekarang ni tunggu masa aje nak bersalin, cepatnya masa berlalu, berdebar-debar pun ada juga ni heheee, insyaALLAH kalau takde masalah Januari 2015 dapatlah cium bau baby.

Tapi tulah macam saya katakan awal tadi, rasa sakit tangan yang tak menahan, tak selesa sungguh. ingatkan kebas biasa aje, rupanya ianya adalah Penyakit Carpal Tunnel Syndrome. Ni 1st time kena, masa anak-anak dulu takpernah pun kena macam ni.

Penyakit Carpal Tunnel Syndrome

Gagah research pasal penyakit ni, rupanya ianya adalah normal bagi wanita yang mengandung, legalah sikit bila baca macam tu. Penyakit Carpal Tunnel Syndrome ni hanya sementara untuk ibu mengandung dan ianya akan hilang sendirinya selepas bersalin, tetapi sekiranya lepas bersalin masih ada rasa sakit tersebut, ianya adalah serius, mungkin memerlukan pembedahan ataupun suntikan bagi menghilangkan/mengurangkan rasa sakit. wuwuwuuu seramnyaaa~

Read More