Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction

Salam, ehhhh dah masuk Trimester ketiga rupanya, kejapnya masa berlalu, sekarang ni duk rasa perut asyik mengeras aje, Perut Mengeras Ketika Hamil atau lebih dikenali sebagai Braxton Hicks Contraction adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada Ibu Mengandung terutamanya bila masuk ke Trimester ke 3.

perut mengeras ketika hamil - Braxton Hicks Contraction

Cuma harus dikenal pasti sama ada ianya contraction hendak bersalin ataupun sekadar contraction biasa. Apa yang saya alami sekarang ini hanyalah contraction biasa kerana belum lagi masanya untuk melahirkan.

Continue Reading

Wah hebatnya ibu, perut ibu tinggi (buncitlah tu!)

Salam semua, wah blog nie takde update lah semalam (buat-buat tak tau), yang sebenarnya Yan tidaklah berapa sihat sangat, justeru itu membantutkan mood online di dunia maya ini, kalau online pun melalui smartphone aje, tu pun untuk twitter aje, kalau sekali pun online kat laptop tu takdelah nak duduk lama, cuma sekadar sambil-sambil dari lappy anak, kacau diorang kejap dari main game. tu je…meh layan perbualan dengan anak-anak Yan siang tadi.

Aiman : Ibu…ibu kenapa?

Ibu : Ibu tak Sihat

Aiman : Ibu sakit ke?

Ibu : Ha’ah

Aiman : Ibu sakit kat mana?

Ibu : Ibu sakit kat Perut

dan tiba-tiba haziq menyampuk

Haziq : Wah hebatnya ibu…perut ibu tinggi (buncit lah tu), sambil pegang perut “ibu”

Aiman : Jangan adik..ibu sakit perut tu…

Ibu : Dalam hati “buat lawak pulak haziq nie”

dan tak lama lepas tuuuuu…….

Continue Reading