Tag Archives: rokok
Rokok mengandungi sel darah babi
Salam semua, Seperti yang kita tahu merokok boleh membahayakan kesihatan dan baru-baru ini pula kita dikejutkan dengan berita tentang Rokok yang mengandungi Sel Darah Babi, eee…ngeri je bunyinye kan? tak payah lah nak cari rokok jenis jenama apa yang mengandungi sel darah babi tu, asalkan namanya rokok bawa-bawa lah behenti..huhuhu*nasihat je, tak nak dengar sudah* my en.hubby pun Yan tak nampak lagi hisap rokok.

Gambar sumber dari Kosmo.com.my
Susah-susah kalau nak sangat jugak merokok tu hisap jelah rokok daun ke (murah), ataupun rokok elektronik, tapi mahal sikit lah..hehee…boleh baca entry yang Yan penah tulis dulu pasal rokok elektronik nie kat SINI. Tapi lagi bagus kalau berhenti je terus dari merokok, yelah merokok kan membahayakan kesihatan. Sayangi diri anda dan orang disekeliling anda.
Artikel Berkaitan:
Rokok Elektronik alternative kepada Rokok Tembakau
Korang tahu tak sekarang nie dah ada Rokok Elektronik, Alternative kepada Rokok Tembakau. Seperti yang semua tahu, merokok boleh membahayakan kesihatan diri sendiri, malah jugak membahayakan orang disekeliling. Sebatang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.
Rokok Tembakau jugak mengandungi racun yang sangat berbahaya seperti Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. *Aduh…en.hubby Yan seorang perokok, tetapi dia merokok hanya bila lepas makan sahaja.*
Klik untuk dapatkan FREE Apple iPad 2!!!!
Tidak seperti Rokok Elektronik atau dikenali sebagai E-cigarette, adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Di mana Rokok elektronik tidak mengandungi tar, karbon monoksida dan bahan kimia lain seperti yang terkandung di dalam Rokok Tembakau yang boleh menyebabkan kanser.
Rokok Elektronik boleh di hisap seperti biasa tanpa perlu menggunakan pemetik api, Rokok Elektronik jugak tidak mengeluarkan asap. Hem…mesti harganya pun secanggih Rokoknya kan…hehhee
Kalau ada sesiapa yang pernah menghisap Rokok Elektronik nie silalah beri komen yea. Nak tahu jugak testimoni kawan-kawan, kot-kot en.hubby boleh rembat satu…ahaks..






