Pengalaman Berada Di Petronas StreetSmart KLCC

Salam, baru-baru ini saya mendapat undangan dari Petronas untuk Media Familiarisation Session of the new PETRONAS StreetSmart Road Safety Exhibition yang bertempat di Petrosains, The Discovery Centre, KLCC. Baca Selanjutnya »

Ulat Bulu Naik Daun

Salam, ini betul-betul Ulat Bulu Naik Daun, bukan ulat bulu jadian ye hikhik, geli geleman tengok, snap tadi pun teragak-agak juga, takut kang tetiba melompat atas tangan naya, ehhhh boleh melompat ke ulat bulu nie? hahaha. Baca Selanjutnya »

Photog - Kerengga Beraksi

Salam, masih beronline kat kampung, insyaallah besok pagi balik Klang, jom layan Kerengga Beraksi hhihihi, lama tak layan kamera ni, kalau ambil gambar pun macam tak ambil guna DSLR juga, takde setting apa-apa, takde masa nak layan hobi tu, sesambil jelah, maklumlah Supermak, agak bizi hihihi. Layan Kerengga Beraksi ^____^ Baca Selanjutnya »

Magic Rice Dan Ikan Bakar Tenggiri

Salam, untuk memenuhi impian Projek Besar, usaha demi usaha dilakukan hikhik, memandangkan Nasi sudah menjadi makanan harian kita, so saya menggantikan beras biasa dengan “Magic Rice” Baca Selanjutnya »

Salam, eeee banyak sangat benda nak entry tapi tak tau nak up mana dulu, ni lah dia kalau asik-asik tertangguh nak entry hikhik, takpelah layan Picca Haziq dulu kat bawah ni. Baca Selanjutnya »

 

Tag Archives: minyak wangi pure

Pemberian dari seseorang

Hari ini Yan dikejutkan oleh abang posmen, pon..pon..banyak kali tapi Yan buat tak tahu je, last-last bunyi makin kuat *bunyi macam geram je*

Yelah sebabnya tak tahu pun ada parcel nak sampai ke rumah nie, biasanya kalau ada, si pengirim mesti bagitahu dahulu. Yang nie memang surprise betul. masa ambik dari abang posmen siap confirmkan nama, yelah takut kang abang posmen tu salah hantar barang. Bila abang posmen mention nama memang betul. Lepastu terfikir pulak barang apakah bungkusan kecik macam tu?? takkan hydir yang post baju blogger we care tu kot…sebab ada beli baju blogger we care 2 helai dan secara tidak langsung bila membeli baju tersebut dapat menyumbang kepada En.Megat. Tapi parcel pulak kecik…hem, memang bukan!!

So bila Abang posmen dah kasik kat tangan Yan…then tengok nama pengirim..owh!! sangat terkejut…orang nie tetiap hari, masa dan ketika Ym dgn Yan…oooo….ini olang bikin surprise…Tengkiu dear…

Inilah barang yang Yan terima siang tadi….nak tahu siapa yang hantar dan barang apakah??? fuh…masa dapat kat tangan bukan main wangi lagi parcel nie…hehehe

Artikel Berkaitan:

Keputusan Cabutan Bertuah Yanmieonline.com

Salam buat semua, mesti ramai yang ternanti-nati keputusan Cabutan Bertuah ini kan? Sebelum tu seperti yang kawan-kawan semua sedia maklum, Cabutan bertuah ini di cabut oleh anak kami yang sulung Aiman namanya.

Sebagai menghargai semua penyertaan dari kawan-kawan semua, Kami dengan ini ingin menambah bilangan Pemenang yang bertuah. maklumlah tak sangka pulak sambutannya amat memberangsangkan, mula2 ingat target yang masuk dalam 20 orang macam tu, tapi 5x ganda dari yang kami sangka iaitu 110 Penyertaan. Terima kasih buat kawan-kawan semua kerana sudi memeriahkan lagi Cabutan Bertuah ini.

Nama Peserta Cabutan Bertuah

So memandangkan yang menyertai Cabutan Bertuah ini 5x ganda dari sangkaan kami, jadi kami ingin memberikan hadiah saguhati buat 3 orang yang bertuah. dan seperti yang kawan-kawan tahu, pemenang Utama hanya seorang dan begitu jugak dengan Pemenang untuk Referrer, jadi kesemuanya 5 orang yang bertuah.

Jadi siapakah mereka-mereka yang bertuah itu?? Saksikan Video ini sehingga habis, barulah kawan-kawan semua tahu siapa yang bertuah itu. Jom layan kejap yea…


Mereka yang bertuah ini akan menerima hadiah seperti yang telah dijanjikan iaitu Minyak Wangi Pure dan barangan Mutiara Asli dari Sabah.

Pemenang Utama Cabutan Bertuah

Hadiah untuk Pemenang Utama Minyak Wangi Pure dan 2 Utas Gelang Mutiara Asli dari Sabah

Pemenang referrer Cabutan Bertuah

Hadiah untuk pemenang Referrer adalah sama seperti pemenang utama. Pemenang untuk Referrel ini jatuh kepada Zai Kulim, Tahniah dari kami. Zai Kulim berjaya memperoleh sebanyak 14 Referrel.

Hadiah saguhati untuk Cabutan Bertuah

Yang nie 3 hadiah saguhati. Isi dalamnye?? angpau ke?? hehehe…special jugak isi dalamnya nie, yang pasti orang perempuan sangat suka dengan benda nie. Nak tahu?? nanti tanya dengan pemenangnya nanti bila dah dapat hadiah nie…ahaks…

Hadiah Cabutan Bertuah

So pada pemenang yang bertuah, sila emailkan alamat korang untuk tujuan pengeposan. Kalau cepat korang kasik alamat maka cepatlah jugak hadiah nie sampai ke tangan korang. Hadiah nie akan dipos serentak. So kelima2 yang bertuah ini emailkan alamat korang dengan cepat yea…

Sekali lagi Tahniah diucapkan kepada mereka 5 orang yang bertuah, pada yang tidak menang, jangan kecil hati..insyallah ada rezeki lain yan buat lagi ok! terima kasih sekali lagi atas kesudian kawan-kawan semua menyertai Cabutan Bertuah ini.

Pada pemenang, sila emailkan alamat dan no telefon untuk urusan pengeposan kepada yanmie@yanmieonline.com

Artikel Berkaitan:

Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

Ini adalah Entry Sticky Mode!

Sila scroll kebawah untuk Entry terbaru…


Salam buat semua. Korang nak hadiah tak? meh Yan nak kasik kat korang. Caranya mudah aje.

1. Apa yang perlu korang buat hanyalah copy paste ayat di bawah dan buat satu entry baru dengan memasukkan ayat dibawah sebagai entry korang dan publish Entry macam biasa.

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/

2. Entry korang mestilah menggunakan tajuk Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

3. Untuk referrer pulak jagan lupa nyatakan darimana korang tau tentang pertandingan nie. Contohnye ” Saya tahu pertandingan ini dari blog si A”

4. Sekiranya anda sudah menyiapkan Entry tersebut, sila tinggalkan komen di ruangan ini, agar mudah untuk Yan spotcek ok!

5. Pertandingan ini tamat pada 31/01/10 pukul 11.59pm

6. Cabutan akan dibuat oleh Putera kesayangan kami Aiman, bukti cabutan akan dikemukakan pada hari cabutan nama pemenang.

See sangat mudah untuk menyertai pertandingan ini.  Jom, jangan segan-segan yea..penyertaan dibuka kepada semua, tidak kira yang blogspot ataupun yg berdomain self hosted. Apa yang penting blog korang mestilah berusia sekurang2nya 2 minggu.

Gud luck untuk korang semua

Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

********************************************************************

Senarai Peserta / Referrer

1. Kak NgahYanmieonline.com

2. ZaiKulimKak Ngah

3. CikMinYanmieonline.com

4. ZuraYanmieonline.com

5. DausYanmieonline.com

6. ErynYanmieonline.com

7. Mr.ShahrehYanmieonline.com

8. Budak KedahYanmieonline.com

9. UtaraboyYanmieonline.com

Artikel Berkaitan:

WP Like Button Plugin by Free WordPress Templates