Menyusukan Anak Semasa Mengandung

Salam, banyak soalan pelik-pelik orang tanya bila Menyusukan Anak Semasa Mengandung, maksudnya disini menyusukan anak kecil yang masih menyusu susu ibu dan dalam masa yang sama juga si ibu sedang mengandung. Boleh ke Menyusukan Anak Semasa Mengandung? hah! saya sendiri dulu pun dalam dilema juga samada meneruskan penyusuan susu ibu pada anak kecil yang sedia ada atau pun tak perlu.

Menyusukan Anak Semasa Mengandung

Banyak soalan yang berlegar-legar di kepala tentang perkara tersebut, mula lah fikir bahaya ke menyusukan anak semasa mengandung, efek pada bayi dalam kandungan ke tak? alahaiiii serius hati dan mental kena kuat kalau bab-bab penyusuan ni. Sebab time ni target saya ingin menyusukan Alang Irfan selama 2 tahun. dan yang paling tak tahan bila orang sekeliling suka sangat cakap, “eh tak boleh susukan anak kalau tengah mengandung ni”, eh nanti baby dalam perut tak membesar dengan baik…eiiii macam-macam ok, jadi macam saya katakan tadi, hati kena cekal, kita yang melaluinya, anggap aje kritikan-kritikan orang lain tu cuma angin lalu hahahaha.

Read More