Tag Archives: Berita
Lagik Laman Blog Yang Menghina Nabi dan Agama Islam
Astaghfirullahhalazim…lailahaillaulah..muhammadurrasulullah..
kenapa mereka begitu anti dgn agama kita..Agama Islam Yang Agung
sangat2 sakit hati dan marah…
Bila ada lagik blog yang menghina Nabi kita.., agama kita..
Sangat2 terkejut dgn pengisian dlm blog tersebut..
Kenapalah diorg ini begitu anti dgn agama kita???
suka2 nak menyakitkan hati orang islam..
lailahaillaulah…
dan utk pengatahuan jugak..penulis adalah seorang MURTAD
Artikel Berkaitan:
Laman Blog Menghina Nabi Muhammad
Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan
kononnya milik seorang wanita Melayu.
Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu
hanya diperalat oleh pihak lain.
Soalnya, siapakah sebenarnya di sebalik blog tersebut.
Apa yang pasti nombor telefon yang tertera pada laman blog itu,
yang kononnya milik penulis blog terbabit,
ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia
mendapati ia merujuk kepada nombor telefon sebuah pejabat
berdasarkan respon rakaman mesin jawapan.
Berdasarkan blog terbabit lagi,
kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.
Justeru ia sarat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan
ditujukan kepada Rasulullah.
Segala penghinaan itu pula disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda
serta lukisan-lukisan yang memburukkan Nabi Muhammad
termasuklah yang pernah disiarkan oleh akhbar Eropah
yang telah dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia.
Sementara itu ada pembaca menghubungi pejabat Utusan Malaysia malam ini yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera terhadap blog tersebut.
Sumber : Utusan Malaysia







