Aiman & Haziq Di #KiniTrending Astro Awani 501 – Gelagat Kanak-kanak Berpuasa

Salam, baru-baru ini Aiman dan Haziq Di #KiniTrending Astro Awani 501 memaparkan tentang Gelagat kanak-kanak Berpuasa, tak sangka pulak video anak-anak yang saya kongsikan melalui laman Instagram menarik perhatian, hihihi.

gelagat anak berpuasa

Sebelum siaran #KiniTrending, rupanya saya telah dimaklumkan melalui laman twitter, tetapi saya terlepas pandang twit tersebut, jadi makanya saya terlepas menyaksikan siaran tersebut.

Read More

Bagaimana Membina Keupayaan Usahawan Wanita?

Salam, sabtu baru ni saya telah di temuramah melalui perbualan telefon mengenai Bagaimana Membina Keupayaan Usahawan Wanita? menerusi rancangan Bisnes Alternatif di Astro Awani 501, ramai sedia maklum dewasa kini semakin ramai golongan wanita usahawan wanita yang berjaya, tidak kira dari pelbagai bidang yang diceburi.

membina keupayaan usahawan wanita

Terutamanya dengan zaman teknologi canggih seperti sekarang, semuanya hanya dihujung jari, contohnya perniagaan online internet seperti jual beli pakaian, makanan, barangan dan macam-macam lagilah, itu belum lagi usahawan yang berjaya diluarsana, yang berjaya membuka mata banyak pihak, bagi saya “MINAT” adalah perkara paling penting dalam membina keupayaan usahawan wanita, dan seterusnya dorongan dari keluarga dan rakan-rakan, tidak lupa juga modal/dana yang mana penting untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Read More

Gambar Majlis Pernikahan Lisa Surihani Dan Yusri

Salam, Hanya dengan sekali lafaz, pasangan popular Yusry Abdul Halim, 39, dan Lisa Surihani Mohamed, 26, sah bergelar suami isteri. Mereka dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed  dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Tuan Haji Halim Mat Isa di Putrajaya Ballroom, Hotel Marriot Putrajaya selepas Solat Isyak tadi.

gambar perkahwinan lisa surihani dan yusry

Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan. Selain itu, Lisa juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan sebagai balasan, Lisa menghadiahkan sembilan dulang hantaran.

Read More