Pengalaman Berada Di Petronas StreetSmart KLCC

Salam, baru-baru ini saya mendapat undangan dari Petronas untuk Media Familiarisation Session of the new PETRONAS StreetSmart Road Safety Exhibition yang bertempat di Petrosains, The Discovery Centre, KLCC. Baca Selanjutnya »

Ulat Bulu Naik Daun

Salam, ini betul-betul Ulat Bulu Naik Daun, bukan ulat bulu jadian ye hikhik, geli geleman tengok, snap tadi pun teragak-agak juga, takut kang tetiba melompat atas tangan naya, ehhhh boleh melompat ke ulat bulu nie? hahaha. Baca Selanjutnya »

Photog - Kerengga Beraksi

Salam, masih beronline kat kampung, insyaallah besok pagi balik Klang, jom layan Kerengga Beraksi hhihihi, lama tak layan kamera ni, kalau ambil gambar pun macam tak ambil guna DSLR juga, takde setting apa-apa, takde masa nak layan hobi tu, sesambil jelah, maklumlah Supermak, agak bizi hihihi. Layan Kerengga Beraksi ^____^ Baca Selanjutnya »

Magic Rice Dan Ikan Bakar Tenggiri

Salam, untuk memenuhi impian Projek Besar, usaha demi usaha dilakukan hikhik, memandangkan Nasi sudah menjadi makanan harian kita, so saya menggantikan beras biasa dengan “Magic Rice” Baca Selanjutnya »

Salam, eeee banyak sangat benda nak entry tapi tak tau nak up mana dulu, ni lah dia kalau asik-asik tertangguh nak entry hikhik, takpelah layan Picca Haziq dulu kat bawah ni. Baca Selanjutnya »

 

Tag Archives: anak

Kalaulah ada anak dara kan best

Salam, Kalaulah ada anak dara kan best, gambar bawah ni gambar bersama anak dara PuanBee.com, cantik-cantik ketiganya, anak beliau semuanya gegirl, macam saya dua-dua boy, PuanBee kata kena curi sudu kat rumah orang yang ada anak lelaki baru dapat anak lelaki, maknanya lepas ni kalau sudu kat rumah saya banyak hilang, tu PuanBee punya keje, curi sudu kat rumah saya HAHAHAHAHA.

Gambar bawah cahaya lampu hhuhuhu

bersama anak-anak puanbee.com

Anak-anak dara PuanBee.com, semalam Dating Dengan Puanbee.com Di KLCC

jangan ambil serius pasal kes curi sudu tu ye, tu orang tua-tua yang cakap, tapi semua tu rezeki Allah, kita terima dengan besar hati.

- Ok saya pun nak curi sudu kat rumah PuanBee, kot-kot boleh dapat baby gegirl pulak HAHAHHAHA

Artikel Berkaitan:

Haziq Dah 4 Tahun – Happy Birthday!

Salam, syukur alhamdulillah hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Haziq yang ke 4 tahun, alhamdulillah dah besar anak ibu ni, moga jadi anak yang cerdik pandai, soleh dan berjaya dalam hidup, amin.

haziqSepanjang mengandungkan haziq, saya diberikan kesihatan yang sempurna dan tidak pernah mengalami sakit-sakit mahupun demam, malah semasa sakit ingin bersalin pun saya tidak berasa sakit yang berpanjangan, cuma sakit time betul-betul nak deliver sahaja, sehinggakan time tu betul-betul nak deliver pun saya rileks je, doktor dan jururawat yang panik sebab saya dah nak bersalin time tu, tak menyempat-nyempat saya bersalin kat katil biasa je, tak sempat nak gi labour room, bersalin di bilik persediaan ibu bersalin hehehe, kelakar kalau nak ingat balik HAHAAHAHA.

Artikel Berkaitan:

Projek 2 beradik pukul 3 pagi

Salam semua, hari nie tak banyak masa nak menatap lappy nie, banyak masa pegang Smartphone HTC Desire Z je…ehehe, online di HTC je, malas pulak nak meramas-ramas cik delly nie, layan gambar anak yang di curi-curi snap semalam di depan pintu bilik diorang pagi semalam.

aiman dan haziq

Bayangkan jam dah menunjukkan pukul 3 pagi (semalam) tapi masih tak nak tidur lagi, sibuk dengan projek diorang, bangun pulak pagi tadi pukul 9 pagi dah kejut mak pak diorang…ehehe kacau betullah, lepas subuh tadi sambung tido dengan en.hubby sebab en.hubby tak keje hari nie.

Artikel Berkaitan:

Duit Hasil Blogging Hadiah untuk Anak

Salam semua selamat berhujung minggu, Yan baru balik dari Pasaraya Econsave beli barang dapur dan barang keperluan yang lain, macam biasalah hari nie adalah hari tanpa plastik tapi Yan barang-barang semua letak jugak dalam plastik sebabnya leceh, bukan taknak sokong kempen minggu tanpa plastik tu cuma agak susah sikit bagi Yan *ekekee…ada aje alasan*

Oklah masuk aje kedalam Pasaraya Econsave benda pertama yang masuk dalam kepala nie nak belikan anak-anak something dari duit hasil blogging Yan. fikir punya fikir terlintas untuk Yan belikan diorang meja kecik dan bangku kecik sekali, senang untuk diorang belajar atau bermain, selalunya duk kat meja makan aje…ehehhee

Meja dan bangku dalam gambar nielah yang Yan belikan tadi untuk diorang, bukan main seronok lagi yang abang nie, siap puji-puji ibu dia…kikiki, tak pasal-pasal hari nie dia rajin Ya amat menulis.

 

Artikel Berkaitan:

WP Like Button Plugin by Free WordPress Templates