Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan

melihat anak bulan puasa

Assalam, ya ALLAH sedar tak sedar tak lama lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan 2017, insyaALLAH semoga ALLAH panjangkan umur kita dan dapat berpuasa Ramadhan di tahun ini. Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2017 dijangka pada lewat petang 26 Mei, dan pada Petang/Malam itu juga kita akan mengetahui bila mulanya berpuasa.

Majlis Raja-raja mempersetujui cara menetapkan anak bulan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Berikut adalah senarai lokasi untuk pencerapan anak bulan puasa ramadhan diseluruh negeri di Malaysia.

Continue Reading

Lepak Sepetang Di Teluk Kemang Port Dickson

dataran seri kemang port dickson

Assalam, waaaaa lama gila tak gi Port Dickson Negeri Sembilan, dah lain sangat ye, cantik dan harmoni gitu, dulu-dulu (tak ingat bila last pergi hahaha) taklah semeriah sekarang ni, happening sangatlah, yang menjual-jual pun dah ramai, banyak lagi aktiviti bersama anak-anak, boleh sewa kereta mainan, basikal dan kuda. best!!

Susah nak duduk diam ambik gambar, mana taknya merata kapal terbang atas kepala hahaha, ni jelah gambar yang terbaik, sabar jeler hahaha.

teluk kemang port dickson 1

Meriah, ni pun dah petang dalam pukul 5 rasanya, ramai lagi kat pantai tu mandi manda, cuaca pun cerah berangin, bestnya kalau dapat mandi hahhaa, tapi tak berani lah dengan budak-budak ni, aktif betul. Risau tak leh jaga dorang, so kita tengok ajeler orang mandi, lagi pun baru lepas mandi manda di Dino Waterpark JB sebelum singgah ke sini.

Continue Reading

Syurga Handbag Di Johor Premium Outlet (JPO)

johor premium outlet jpo

Assalam, baru-baru ni kami Cuti-Cuti Johor Bahru, semestinyalah kali ni nak singgah ke Johor Premium Outlet, tahun lepas masa kami Bercuti ke Legoland kami lalu je JPO ni, saya tak berani nak cakap ke encik laki nak singgah sana hahaha, sebab bajet bercuti di Legoland pun boleh tahan juga, plus tak berapa teringin time tu.

Kali ni bila encik suami cakap, pilih lah tempat nak bercuti, cepat je cakap nak gi Johor, boleh Shopping Di Johor Premium Outlet (JPO). Encik laki tak tahu pun JPO tu apa, maybe dia google2, lepas tu dia reply, oo nak gi pasaraya ke? HAHHAHAA, daku iya kan aje. YEAYYY!! senyum sampai ke telinga petang tu hahaha.

Continue Reading