Umum

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak

by yanmie on March 23, 2011

Update terkini 16/04/2011 : Keputusan Terkini Pilihanraya DUN Sarawak 2011

Salam semua, kita berkongsi info lagi yer di blog ini, hikhik, untuk makluman Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak akan diadakan iaitu pada 16/04/2011. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon untuk pilihanraya dun Sarawak adalah pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April. untuk maklumat lanjut boleh tengok di link bawah.

Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak

sarawak

Ini bermakna tempoh berkempen adalah selama 11 hari sahaja. Pengumuman tersebut telah diumumkan sebentar tadi oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching. DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

Nota Yanmie : Nak undi nie macam-macam berita ada…

 

{ 8 comments }

Salam semua, semalam tengok berita pukul 8 di TV3 lega sangat, Tahniah buat kerajaan Malaysia kerana bertindak untuk membawa keluar pelajar dan rakyat malaysia keluar dari Mesir. Mudahan semua segala kerja-kerja dan urusan mereka di permudahkan, amin. semalam bermulanya Ops Piramid yang mana ianya merupakan gerakan pemindahan pelajar dan rakyat malaysia di Mesir.

ops pyramid

[gambar: Berita Harian]

Situasi terkini di Mesir bertambah tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro – Mubarak dengan penyokong antikerajaan. Pengumuman Presiden Hosni Mubarak untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya Presiden pada bulan September 2011 tidak dapat diterima oleh penunjuk perasaan yang terus berdemonstrasi.

[click to continue…]

{ 18 comments }

Keputusan Pilihanraya DUN Tenang N.5

by yanmie on January 30, 2011

Salam, hari ini merupakan hari pengundian bagi DUN Tenang Labis, kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis. Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini. Dan ikuti Keputusan Pilihanraya DUN Tenang N.5 dijangka akan di ketahui antara pukul 8 – 9 malam ini.

BN menang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi

DUN Tenang

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini. Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

[click to continue…]

{ 10 comments }