Cuti-Cuti Johor Bahru – Menginap Di KSL Hotel & Resort Johor Bahru

dino waterpark ksl jb

Assalam, baru-baru ni kami ada short vacation ke Johor Bahru, tah suka betul kesana, kalau encik laki suruh pilih tempat mesti dalam kepala nak pegi JB hahaha, sabar jeler. Percutian last minit, petang tu juga buka website agoda buat tempahan sebab nak pergi keesokan harinya hehee

Alhamdulillah nasib baiklah ada Suite Apartment yang available tinggal 1 je, fuhhh nasib baik, bukan apa kami lebih prefer suite banding bilik, maklumlah anak2 dah besar so takleh tido sekali dah dengan mak pak, plus tak mahu book 2 bilik, nanti jauh pula bilik mak pak dengan anak, seriau kang anak buat macam-macam kat bilik tu. ishhh….

Jadi kalau kami bercuti memang kami akan cari suite/homestay yang boleh memuatkan kami semua, biar semua ada depan mata, baru lega.

Continue Reading

Fly Dengan Anak-anak

airasia

Baru-baru ni fly dengan anak-anak, waaa mencabar juga ni fly tanpa encik suami. mana taknya yang kecik ni dah ada seat sendiri, almaklumlah dah besar gitu, tiket dah harga tiket dewasa, takde dah tiket bayi, so happy lah dia kan dapat seat sendiri takyah nak pangku lagi dah ­čśÇ

Nak dijadikan cerita, kejap-kejap nak buka tali pinggang uwaaaa…tak mahu duduk diam, nak buka nak bangun berdiri nengok orang, sabar jeler. masa dari KL – SDK tu lah rasa mencabar, dengan-dengan aku ni cakap tak berenti dalam flight tu, buat malu je HAHAHAHAHA, saje tau budak kecik ni.

Continue Reading

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu!

gunung kinabalu

Assalam, cewahhh tajuk kemain lagi, Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu! hehehee, betullah cinta ku matiku hidupku akan tetap mencintai buah-buah hati ibu ^_^

gunung kinabalu

Masa kami Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah mestilah kami tak lepaskan peluang untuk ke Kinabalu Park untuk menikmati pemandangan alam ciptaan-NYA yang indah, Subahannallah Maha Besar ALLAH, cantik sangat view Gunung Kinabalunya, Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang untuk menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan ke sini.

Continue Reading