Resepi Makanan Bayi – Bubur Nasi, Brokoli Dan Sup Ikan

Hi, susah betul nak menghadap laptop sekarang ni sejak Baby Irfan dah pandai serba serbi, dah pandai demand tu, nak berkepit saje dengan Ibu, asal ibu bangun je mula lah dia laju-laju ngejar ibu dari belakang, capai kaki ibu cepat-cepat…alahai lah anak, kerja rumah pun banyak tertangguh, sampai kemalam ibu berkejar-kejar nak siapkan segala kerja rumah, harapnya tak berpanjangan macam ni hahahahhaaaa.

bubur nasi brokoli dan sup ikan

Oklah nak share Resepi Makanan Bayi – Bubur Nasi, Brokoli Dan Sup Ikan, menu ni saya buat untuk dia baru-baru ini, saje nak kenalkan Baby Irfan dengan makanan berasaskan Protien pulak, bagi dia makan ikan, lepas ni baru ajar dia makan telur sikit-sikit, tengok kalau ok boleh teruskan, kena kenal pasti dahulu sama ada dia ok ataupun alahan, yang ni Mak-mak kena kenal pasti ye makanan apa yang ok dengan Baby kita.

Continue Reading

Resepi Bubur Nasi Untuk Bayi Dan Cara Menyediakannya

Salam, nak share Resepi Bubur Nasi Untuk Bayi , anak dah besar ni seronok sikit nak main masak-masak untuknya, lebih lagi bila dia ni jenis yang “Pemakan”, tak memilih, apa pun semua bedal hahahaa, good boy!, jangan memilih-milih, susah kang semua makanan tak boleh, kehkeh (Abang Ngah lah tu!).

kentang dan lobak

Kali ni saya buat untuknya Bubur Nasi campur dengan Lobak, Kentang dan juga kurma, alhamdulillah sedap katanya hehehee (ok tipu, mana pandai cakap lagi). Kalau nak yang lagi sedap boleh cuba resepi Bubur Nasi campur labu dengan kurma, Baby Irfan suka sangat.

Continue Reading

Makanan Pertama Bayi 6 Bulan – Solid Food

Salam, Sekejapnya Dah 6 Bulan Dah Baby Irfan ni, so dah mula kenalkan dia dengan Makanan Pertama Bayi 6 Bulan, dan alhamdulillah juga penyusuan secara exclusif selama 6 bulan pertama berjaya, syukur. dan sehingga kini Baby Irfan masih dengan Penyusuan Susu Ibu.

makanan untuk bayi

Makanan pertama bayi adalah pada umur bayi 6 bulan, bukan 4 atau 5 bulan!, terkejut saya bila suami cerita anak kawan dia dah makan nestum masa umur 2 bulan, perghh!!! ok rasa macam nak marah pun ada kat mak pak baby tu huuuu~

Continue Reading