Salam semua, sekejap je masa berlalukan, Hijrah 1432 akan meninggalkan kita cuma dalam masa beberapa jam sahaja lagi (semasa entry ini ditaip), jangan lupa untuk membaca Doa AKhir Tahun Dan Awal Tahun – Salam Maal Hijrah 1433 juga dari kami sekeluarga, begitu cepat masa berlalu, terlalu banyak kenangan hijrah 1432 yang mungkin tidak akan dilupakan, saya pasti anda jugak begitu.
Salam, Les’Copaque bakal muncul dengan Siri Animasi kedua mereka yang bertajuk Pada Zaman Dahulu yang memuatkan 12 episode, yang menariknya animasi 3d ini dalam bentuk paparan berkualiti tinggi berbanding dengan upin dan ipin, apa pun tengok dulu kat bawah nie Video Teaser Siri Animasi Pada Zaman Dahulu ^____^
Pada Zaman Dahulu menampilkan tiga watak utama iaitu Aki, Ara dan Aris
Pada Zaman Dahulu ini akan mula ditayangkan bermula pada 27 November ini dan ianya ditayangkan Ekslusif di TV-AlHijrah, so kena set time nie bila waktu tayangan Pada Zaman Dahulu, sebab jarang tengok TV-AlHijrah.
Salam, okeh memandangkan saya tengah mencari Kalendar 2012 Cuti Umum Dan Cuti Sekolah, suka yang berkongsi dengan kawan-kawan, dan juga untuk memudahkan saya merujuk kembali kalendar cuti ini, maklumlah nak bercuti kenalah plan awalkan?, lebih-lebih lagi bila anak dah bersekolah nie, cuti tak boleh suka hati je, kena follow kalendar Cuti Sekolah 2012 dia.
Hujung tahun nie tak boleh nak plan apa dulu even anak ada cuti sekolah yang panjang sebab takut pula en.hubby tak dapat cuti, maklumlah suami sangat sibuk tapi bersyukur dalam kesibukan dia berkerja kami tak pernah dilupakan, en.hubby berusaha mencari dan mencuri masa untuk kami, tahun lepas kami bercuti di Johor Bahru, tahun nie belum tahu lagi ^_____^