Sharing

Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita

by yanmie on March 19, 2012

Salam, sebenarnya dah lama rasa nak berkongsi entry ini, ok disini saya kongsikan apps yang betul-betul menarik bagi pengguna iPad dan iPhone iaitu Apps iPeriod, pastikan wanita diluar sana yang mempunyai iPad ataupun iPhone tidak ketinggalan untuk menggunakan apps ini, serius terSANGATlah best!.

iperiod

Apps iPeriod ini merupakan kalendar untuk merekodkan “Period” dan menjangkakan bila waktu subur sesorang bergantung dengan period cycle yang dianalisa oleh apps tersebut,  iPeriod ini memang sangat membantu bagi mereka-mereka yang ingin merancang anak atau pun ingin mendapatkan anak, setakat penggunaan saya, iperiod ini sangat berkesan dan tepat dalam mengira cycle period, cukup masa period datang, lagi pula cycle period adalah regular dan menepati masa.

[click to continue…]

{ 42 comments }

Anak Asset Ke Syurga Atau Neraka?

by yanmie on March 9, 2012

Salam, menitik air mata pagi ni melihat video ceramah Ustaz Don Daniyal, Anak Asset Ke Syurga Atau Neraka? mampukah kita ataupun anak kita menjadi seorang yang dimaksudkan dalam video tersebut?, luangkan sedikit masa untuk melihat video ini.

Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk ke neraka. Semoga kita mampu mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh, Amin Ya Rabbal Alamin.

- Video ni tengok berulang kali pun masih juga mengalir air mata :(

{ 18 comments }

Kaedah Perancang Keluarga – Family Planning

by yanmie on January 1, 2012

Amaran : Untuk yang dah berkahwin!

Salam, terpanggil saya untuk berkongsi tentang topik ini, Kaedah Perancang Keluarga, terlalu ramai yang bertanya kepada saya melalui ruangan ContactMe, PM Facebook, DM Twitter dan tak kurang juga yang bertanya melalui YM berkenaan bagaimana Kaedah Perancang Keluarga yang terbaik, (dah macam doktor pulak rasanya hihiihi).

family planning

Family Planning Is For Everyone ^____^

Kot-kot ada yang masih belum tahu apa itu perancang keluarga, perancang keluarga bermaksud menentukan bilangan anak dalam keluarga dan jarak seseorang anak dengan anak yang lain, kiranya tak nak bagi anak tu rapat-rapat, macam Aiman 6 tahun dan haziq 5 tahun, kan setahun-setahun tu hihihihi.

[click to continue…]

{ 56 comments }