sabah

Peluk-peluk Pagi Raya

by yanmie on September 4, 2011

Salam, syukur alhamdulillah kami telahpun selamat sampai semula ke Klang nie, flight pagi semalam pukul 10.30 turun di LCCT, sebenarnya banyak yang ingin saya update disini tapi kesihatan saya tidak berapa mengizinkan, doakan saya cepat sembuh yea, so saya share dahulu gambar aksi peluk-peluk pagi raya oleh kucing mak saya ^___^.

20110904-113158.jpg

Si Kampung dan Shin Chan

Pagi raya balik dari Tanah Perkuburan, terhidang depan pintu aksi atas tu, waaa so cute tau, nak tahu mak saya ada bela 5 ekor kucing kalau saya tak silap, nama pun macam-macam yang diberikan, saya tertarik dengan kucing yang nama si kampung nie, di gelar si kampung sebab tak reti makan Frieskies/Whiskies hehe, dah tu jinak sesangat.

- Pssttt!!! kucing-kucing mak semua tak reti buang air kecil atau besar dalam rumah, siap masuk bilik air lagi, kagum wooo ^___^

Sent From My iPad2

{ 23 comments }

Air Asia Web Check In

by yanmie on August 29, 2011

Salam, insyaallah kalau takde apa-apa petang nie kami sekeluarga akan berlepas balik ke kampung halaman saya di Sandakan, Sabah, dah lama juga tak naik flight Air Asia nie, makan tahun jugak, biasa balik naik MAS, arghhh apa-apa jelah janji selamat sampai ke kampung hehehe, oohooo…hooo balik kampung…ohooo…hooo balik kampung, hati girang…*over lah pulak..opss!!*

air asia web check in

Dan untuk pengetahuan ini juga adalah pertama kali kami menggunakan perkhidmatan Air Asia Web Check In, biasanya kalau menggunakan Air Asia kami akaun ke kaunter check in, tapi sekarang nie dah mudah sangat dah, tak perlu nak beratur panjang, tinggal lagi tukarkan 2D Barcode atas tu dengan Bording Pass pada mesin yang disediakan di LCCT nanti, kemudian untuk proses cek dokumen dan hantar beg ke kaunter bagasi, siap!!

- Mudahan semuanya di permudahkan, Amin ^___^

{ 26 comments }

Salam semua, alhamdulillah hari nie merupakan undi di kampung Yan iaitu Batu Sapi dan juga undi di DUN Galas, mudahan semuanya berjalan dengan lancar, harap-harap parti apa pun yang menang dapat mengotakan janji kepada masyarakat.

Keputusan rasmi – Barisan Nasional Menang di Batu Sapi

Linda Tsen (BN-PBS) – 9,773
Yong Teck Lee (SAPP) – 2,013
Ansari Abdullah (PKR) – 3,414
Undi rosak votes – 420
Majoriti – 6,359

P185

Batu Sapi mempunyai 25,582 orang pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Muslim Bumiputera, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Muslim, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 daripada pengundi kaum lain.

[click to continue…]

{ 29 comments }