Melawat Ladang Teh Sabah

Assalam, Hari tu Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah kan kami sempat Melawat Ladang Teh Sabah, kalau ke Sabah jangan lupa singgah sini tau. merupakan salah satu tempat tarikan di Sabah juga, tapi takde lah besar macam Cameron Highland tu, hakak pun 1st time sampai sini juga, nama je anak jati Sabah hehee. Kami sampai haritu cuaca agak redup berangin. lalu lah juga tempat pemprosesan daun teh tu, tapi tak masuk pun, tengok aje dari luar.

ladang teh sabah

Pemandangan yang indah, Subahannallah

Ok sebelum bercerita lanjut, dalam perjalanan tu nak singgah cari kedai makan, ya Rabbi susahnya cari kedai makan hahhaa, bekal pun tak bawa ni, nasib baik ada beli air kat Desa Dairy Farm Kundasang sebelum tu, tapi muak sebab susu.

Continue Reading

Khasiat Teh Hijau – Organic Green Tea Yang Tak Pahit Dan Kelat

Assalam, hakak kan tengah on diet, tudiaa diam tak diam dah 4 bulan hakak buat #atkinsdietyanmie alhamdulillah adalah penurunan berat sikit hehee, dan pada masa ni jugalah hakak mula minum green tea, dah banyak jenis brand hakak try tau, dan akhirnya jumpa juga Organic Green Tea Yang Tak Pahit Dan Kelat 🙂

green tea organic

Hakak minum green tea jenis yang ni adalah dalam 3 bulan, tapi bukan hari-hari hakak minum, adalah dalam 4-5x seminggu, terutamanya sebelum mula workout hakak akan minum dahulu 1 gelas green tea bagi tujuan meningkatkan kadar metabolisma. dan disamping itu membantu menurunkan berat dengan membakar extra kalori.

Continue Reading

Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan

melihat anak bulan puasa

Assalam, ya ALLAH sedar tak sedar tak lama lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan 2017, insyaALLAH semoga ALLAH panjangkan umur kita dan dapat berpuasa Ramadhan di tahun ini. Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2017 dijangka pada lewat petang 26 Mei, dan pada Petang/Malam itu juga kita akan mengetahui bila mulanya berpuasa.

Majlis Raja-raja mempersetujui cara menetapkan anak bulan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Berikut adalah senarai lokasi untuk pencerapan anak bulan puasa ramadhan diseluruh negeri di Malaysia.

Continue Reading