Category Archives: My Baby Cute
Hari-hari Mau
Salam, ha ye ni aktiviti baru anak-anak, stok epal kat rumah ni tak pernahnya kering, abis je epal tu mesti nak topup (dah macam topup phone plak heee), sebelum ni buah epal saya seorang je yang makan, anak-anak memang tak pandangnye, nak makan apatah lagi kan.

Ni semua lepas saya beli epal yang ala-ala warna pink tu, bukan epal fuji, epal apatah namanya, mula-mula saje nak bagi rasa plus nak paksa suruh rasa sebab sedap hihihi, sekali tu sedap agaknya kat tekak diorang, sehari mau 2-3 kali ulang nak makan, so perutukkan 2 biji sehari untuk seorang hahaha, oklah tu kan makan buah dari tak makan.
Artikel Berkaitan:
Ha kan dah merajuk!
Salam, Gambar bawah nie tengah pujuk-pujuk Aiman, dia merajuk sebab tak bawa dia pergi Petronas StreetSmart hari tu, Ha kan dah merajuk!, yelah dia kan sekolah, lepas hantar dia pi tadika hari tu, saya dan haziq ke KLCC 

Sampai sekarang Aiman duk ungkit pasal tu, dia kata tak puas hati kenapa pergi senyap-senyap hehe, takpe sayang next time ibu bawa masuk dalam Petrosains, kita tengok Dinosaur sekali dengan ayah ye hikhik
- Sebenarnya dia jeles haziq ada badge Petronas StreetSmart tu hehehe kesian pulak -..-”
Sent From My iPad2
Artikel Berkaitan:
Kenduri Kahwin Di N9
Salam, gambar ni patut up awal hari tu hehee tapi takpe bukan makanan pun, kalau makanan tu yelah boleh basi kan hikhik, saya suka tengok gambar anak-anak kat bawah ni, aksi bersahaja, saya snap tanpa memberi arahan, seakan faham yang ibu diorang nak snap gambar kihkihkih, gambar bawah ni semasa kami pergi menghadiri jemputan Kenduri Kahwin Di N9.

Kengkadang tu diorang pulak yang bagi idea untuk saya ambil gambar, see budak-budak yang dah biasa ambil gambar kan, nampak kamera je terus buat muka cecomel tanpa disuruh ekekeke. layan!!
Artikel Berkaitan:
Mandi Kolam Di Presint 9 Putrajaya
Salam, hiks yeay dah tukar themes jugak akhirnya, oklah tak nak cerita pasal themes, korang komen jelah nanti kat bawah ni ye, hikhik, nak cerita pasal Mandi Kolam hari tu, seronok sangat dapat bawa anak-anak Mandi Kolam Di Presint 9 Putrajaya, last mandi manda hari tu masa pergi Desa Waterpark.

Yeehaaaa aksi terlampau dari Aiman heheee, air tu paras lutut je, yelah kolam untuk kanak-kanak, orang dewasa boleh je teman anak mandi, tapi jangan lebih dari anak dah ler hehehe.




