Belacan Sedap Di Kuala Perlis

Salam, kami ni boleh kata memang penggemar belacan kuala perlis, tak silap namanya DJ Belacan. Tekak ni kalau buat belacan guna belacan lain mesti tak berapa nak masuk tekak, macam busuk je bau belacan yang dibeli dari tempat lain tu. Tapi kalau dah siap dibuat sambal belacan contohnya di kedai makan tak pula bau hahahaha. Pelik kan???

image

Stock belacan kat rumah ni mesti dari Kuala Perlis, dah macam syurga belacan kot kat Kuala Perlis ni, kedai belacannya sebelah menyebelah je, ramai betul meniaga belacan kat sini, mungkin sebab duk di tepi laut kot.

Continue Reading

Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap

Salam, alahaiii sunyinya rumah ni, anak-anak baru je ikut balik kampung dengan Tok, Tokwan dorang semalam, serius tak suka sebenarnya keadaan yang sunyi macam ni, dah biasa dengan riuh rendah dan karenah anak-anak, terasa sangat sunyi hidup tanpa 2 beradik yang suka main gaduh, main gaduh tu….tapi sebenarnya dorang tu baik sangat, biasalah budak-budak kan memang gitu, erm..takpelah kejap je, nanti pergilah ambik dorang huhuuuu.

pizza roti gardenia

Oklah nak cerita pasal Pizza Roti aje pun, tapi mak datuk macam nak bagi panjang lagi mukadimah tu hahahaha, rindu anak oiii…belumpun 2-3 hari tapi hati dah meronta-ronta, terbayang duk berebut remote dengan Aiman HAHAHHAA.

Continue Reading

Resepi Telur Bungkus

Salam, baru ni buat menu Telur Bungkus, kali ke 2 buat, kali pertama buat tak ingat resepi hehee, kali ni buat ikut suka, resepi sendiri, guna benda apa yang ada dalam peti, alhamdulillah abis licin tanpa saya sendiri dapat merasainya wahahahhaaa, suka sangat! sebab hero-hero suka.

resepi telur bungkus

Asyik buat telur dadar, telur goreng, telur rebus je kan??, haahhh kalau rajin boleh cuba buat Resepi Telur Bungkus ni, ehemm nak share resepi coz rasa Telur bungkus ni sedap, hero-hero lah yang cakap gitu hehee, anak-anak cakap memang tak tipu tau!, suami sengih aje kikiki (suami cakap, saya pantang dipuji, nantikan seminggu berderet saya buat menu tu hahaha). ok jom tengok bahan-bahannya~

Continue Reading