Salam semua selamat pagi, semalam merupakan episode ke 2 untuk Sayang Cendana – Slot Lagenda TV3. Frust sangat sebabnya tak dapat nak tengok, kat tempat Yan nie hujan lebat so Astro pun tak dapat buka, nak tengok ulangan Sayang Cendana kat TV9 lagilah tak dapat sebabnya time tu berita TV3 tak abis lagi. Lepas berita pulak nak tengok Hotel Mania, aduhai dilema betul tak tau nak tengok yang mana sebabnya kedua-dua drama nie memang best! tapi semalam layan Hotel Mania sebabnya anak-anak pun suka tengok, lagi-lagi bila time menyanyi…ehehe
Oklah harap-harap hari nie dapatlah tengok lagi Sayang Cendana, mudahan tak hujan lebat dan Astro dapat buka macam biasa
Jom layan OST Sayang Cendana yang bertajuk Cinta ini dari Dato’ Siti Nurhaliza yang di ambil dari laman Video Youtube.
Jom nyanyi sama-sama yea, Yan ada sertakan sekali lirik lagu Cinta Ini
Salam semua, petang-petang macam nie seronok layan clip kat youtube. Petang nie layan clip No Body dari Wonder Girls tak tau dah berapa kali asyik main clip yang sama..ehehe kelakar, sebenarnya dalam handset Yan pun ada clip No Body nie, adik Yan yang tolong masukkan masa Yan balik kampung hari tu.
Kelakar betul tengok clip nie, sebabnya penyanyi asal tu dia tak tahan nak buang air, so dia pegilah tandas sekali tu lama pulak dia kat tandas, dah tu pulak tisu dah abis…ha naya dia kat dalam tu, nasib baik ada wonder girls nie take over…ehhee
Salam semua, mesti ramai yang tengok Drama Slotaksia terbaru Di TV3 iaitu Adamaya kan? Yan sendiri tidak terlepas mengikuti Drama ini, memang best! yang best tu Lisa Suri Hani pelakonnya.
Yang pasti ramai yang minat Drama Adamaya nie, nak bukti? ramai je semalam orang search pasal Drama Adamaya nie. Tengok gambar bawah
Lagu temanya pun memang best, sedap je telinga nie mendengarnya, dan pasti ramai yang mencari OST Adamaya ini kan? ok disini Yan sharekan Lagu tersebut yang bertajuk Yang Terindah yang di nyanyikan oleh DAKMIE *ehek..bukan Hubby Yan ok*.