Salam, wahhhh tudiaaaa pejam celik  insyaALLAH 11 minggu lagi kalau diizinkan oleh-NYA, lahir lah adik Irfan nanti, kejap je rasanya kali ni, mungkin sebab sibuk tu yang tak terasa masa cepat berlalu kot, nak ingat balik Tanda-tanda Bersalin sebelum ni yang pernah saya alami. Macam dah lupa sikit-sikit hihii

cesarean

Moga-moga kali ni bersalin cara normal, Irfan dulu cara macam kat atas tu (Cesarean)

Maklumlah pengalaman lain-lain kan, anak yang ni macam ni, yang tu macam tu, memang lain sungguhlah, tapi yang saya listkan dibawah ni Tanda-tanda Bersalin yang saya sendiri alami.

Read More →

Salam, semasa mengandungkan Baby Irfan dulu saya pernah disahkan mengalami Placenta Low Lying – Uri Dibawah Semasa Mengandung tapi taklah tahap kritikal, uri cuma berada ditepi pintu rahim dan tidak menutupi sepenuh pintu rahim, dan masa tu usia kandungan dalam 28 minggu, masih banyak masa untuk Uri naik dan bertukar kedudukan. tapinya time tu kena bedah juga secara emergency sebab air ketuban dah pecah dan pintu rahim tidak ada bukaan.

Dan kali ni, scan banyak kali (adalah dalam 8 kali gitu), Uri/Plasenta berada dibawah, tak berubah-ubah kedudukannya, masih dibawah, naik risau pula saya jadinya. Tapi saya yakin sebabnya masih lagi awal baru 24 minggu iaitu 6 bulan. Tapi sepatutnya Uri dah naik sikit ni.

Tiap kali scan mesti doktor cakap, Uri kat bawah sangat ni, betul-betul menutup pintu rahim, . haishhhh risau sungguh-sungguh, mana tak risaunya uri menutup laluan pintu rahim. memang tak boleh bersalin secara normal lagilah kalau macam ni.

Patutlah saya mengadu kenapa baby ni gerak asik kat kawasan bawah sahaja? tak naik-naik pula baby ni gerak, kadang rasa tak selesa sebab duk gerak kat bahagian bawah perut je, rasa dicuit-cuit gitu hehehee. Doktor cakap mungkin sebab uri dibawah jadi baby berada dibawah juga. Bila perut besar nanti automatik baby akan naik. ermmm tapi tulaa..Mengandung Tapi Perut Kecil je ni, tak puas hati pula, macam segan nak besar hehehee. Aurat kot kan..baby malu nak tunjuk perut ibu yang boyot ahaks!

Read More →

Note : Rasanya entry ni sesuai untuk bacaan Makcik2 sahaja kehkeh, tapi kalau pakcik2 nak baca juga boleh, #eh!

Salam, eh tajuk hahahha puas fikir nak buh tajuk apa, hentam jelah janji korang faham kan heheheee. Mengandung anak ke 4 ni macam tak berapa nak besar perut ni, sampaikan ada yang tak sedar langsung yang Irfan bakal dapat adik. sekarang ni dah 6 bulan usia kandungan.

restoran zam zam shah alam

Ini gambar terbaru 6 bulan, see tak nampak macam 6 bulan pun kann?? (gambar bersama Mak Mertua dan Biras)

Patutnya perut dah membesar dengan jayanya, tapi biasa-biasa aje, biasa-biasa tu maknanya masih boleh pakai seluar sebelum mengandung, heran betul hahaha. Siap boleh tidur terlentang lagi, dulu-dulu time ni tidur kena mengiring kalau tak boleh sesak nafas dibuatnya.

Read More →

Post Navigation