internet

Update Terkini dari Gaysec.org : -

Kenyataan rasmi “maaf” daripada pihak GaySec kepada pihak umum dan Arlene Tan

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini
tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa
kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg
sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong
beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat
berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam
mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara
umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi
lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan
beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri.
Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan
atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al
Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi
sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa
#Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang
bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini
semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`.
Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara
ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`,
dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan
data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap
untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna
anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia
siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman
sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang
kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan
cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama
sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).

________________________________

8.8.2011

Salam, masih ingatkah lagi korang dengan Isu seorang wanita yang menghina Agama Islam dilaman blog dan Twitter yang bernama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ? terkini Identiti Sebenar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Di Bongkar Oleh Gaysec melalui #OpsRamadhan.

Sengaja saya tidak ingin menulis panjang-panjang tentang beliau Detail Baca di #OpsRamadhan: membongkarkan identiti `Makcik Hajjah Sitt AlWuzara` dan Denaihati.com.

.

- Baca atas risiko anda sendiri!

{ 56 comments }

Pelajar UMT Hina Lagu Negaraku Di Facebook?

by yanmie on July 12, 2011

Salam, macam-macam kes kebelakangan nie, macam huru hara sikit pun ada, moga negara kita Malaysia terus dipelihara. Terkini heboh diperkatakan bahawa seorang pelajar dari  Universiti Malaysia Terengganu (UMT) didapati telah menghina lagu Negaraku di laman facebook.

hina lagu negaraku malaysia

Gambar : 2dayblogger.com

Merujuk kepada laporan utusan.com.my, Siasatan awal Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati individu yang dikenali sebagai Mohd. Farizal yang bertindak biadab menghina lagu Negaraku dan pemimpin negara menerusi laman sosial Facebook adalah bukan penuntut dari UMT.

[click to continue…]

{ 26 comments }

Laman cidb.gov.my di hack oleh Anonymous?

by yanmie on June 15, 2011

 

Updated : 6.48petang – Footer dari Anonymous sudah tidak kelihatan, cidb berjaya mengawal site bersebut, cuma header title masih lagi bertajuk Operation Malaysia | pwn3d by Anonymous

Updated : 8.00Pagi 16.6.2011 – Laman Web cidb kembali pulih 100%

———————————

Salam semua, nampaknya sudah ada laman web kerajaan yang digodam aka hack oleh Anonymous, laman web cidb.gov.my nampaknya seperti telah di hack oleh mereka, tengok gambar bawah nie yea. nampaknya anonymous hack malaysia nie bukan main-main.

operation malaysia

Tengok Header title dah bertukar kepada Operation Malaysia | pwn3d by Anonymous

[click to continue…]

{ 36 comments }