Informasi

Salam, semalam Mak Mertua tercinta telefon, katanya PM nak datang ke Jengka 8, warga Felda Jengka bertungkus lumus menyediakan makanan untuk berpuluh rakyat yang datang menghadiri majlis tersebut, dan khabar gembiranya Peneroka akan menerima durian runtuh.

Dan baru sebentar tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian “durian runtuh” sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Dalam pada itu juga, PM berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.

Ini bermakna sejumlah RM15 Ribu bakal dimiliki Peneroka Felda, alhamdulillah. Banyak tu bukannya sedikit, berita gembira tersebut diumumkan oleh PM sendiri di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jengka Pahang.

- Durian gugur :D

{ 33 comments }

Salam, baca BeritaHarian dan blog kawan katanya Fenomena Kejadian Air Laut Merah / Red Tied Di Sabah akan melanda di kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah, antara kawasan yang dikesan iaitu di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah serta beberapa lagi kawan lain yang terlibat.

Red Tide aka air merah di sabah

Gambar : Google Img

Untuk warga sabah yang tinggal dikawasan tersebut, buat masa ini adalah tidak selamat untuk memakan makanan laut seperti ikan-ikan dan cengkerang, kerana ikanya dikhuatiri dicemari, tetapi makanan laut dari laut dalam seperti udang dan sotong masih boleh dimakan, pastikan ianya dibasuh dengan bersih dan dibuang organ dalamannya.

[click to continue…]

{ 15 comments }

(Gambar Dan Video) Kereta Proton P3-21A Baru

by yanmie on March 16, 2012

Salam, wah bulan depan kalau tak silap saya PROTON Holdings Bhd bakal melancarkan model sedan baru Proton P3-21A, menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, P3-21A akan mendapat sambutan daripada pengguna berikutan jaminan prestasi serta pengendalian yang ditawarkan oleh kenderaan tersebut.

proton p3-21A

Gambar Kereta Proton P3-21A

Nak tahu tak?, Model baru ini dah pun menerima tempahan pertamanya seawal pagi semalam tau iaitu pada pameran mega ‘Power of 1’, walaupun ianya masih belum dilancarkan dan dipertontonkan kepada orang awam sepenuhnya. Tak sabarnya nak tengok secara real, tengok kat berita semalam pun kemain comel lagi, unik sangat, anak kata “Ibu, ada ke kereta macam tu?” hehee.

[click to continue…]

{ 41 comments }