Pizza Maggi

resepi pizza maggi

Assalam, Selamat berpuasa diucapkan untuk semua reader blog ni, maaf agak sibuk sikit ehheee, baru sempat nak on laptop. macam mana puasa korang? InsyaALLAH semoga kita diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa tahun ini, dan alhamdulillah Aiman dan Haziq juga setakat ini masih berpuasa penuh. Kipidappp anak-anak, ibu kasik thumbs up 😀

restoran legoland hotel

Budak kembar lain tahun ni je tak puasa 😛

Setakat ini saya tak jejak lagi Pasar Ramadan, waaaa cayalah hahaha, keinginan nak beli makanan diluarpun tak berapa nak ada, kali ni lebih suka masak dan sediakan sendiri juadah berbuka untuk suami dan anak-anak, alhamdulillah dorang pun takde komplen-komplen, takde minta-minta menu apa nak makan waktu berbuka.

Continue Reading

Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL

Salam, baru-baru ni kami turun KL, cari Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL, mengidam nak makan tu, teringat-ingat kesedapannya, terus WhatsApp En.Suami yang time tu tengah keje, bagitau dia nak makan Kuey Teow Kerang yang sebelah dengan Ikan Bakar Pak Lang di Kampung Baru KL tu, meleleh-leleh air liur hahahaa..cakap kat En.Suami kalau boleh sebelum beranak nak makan Kuey Teow Kerang tu, siap WhatsApp gambar Kuey Teow Kerang tu kat dia, gambar tahun 2011 hahahaa.

char kuay teow

Gambar yang saya WhatsApp kat En.Suami hihihi, gambar tahun 2011, nasib masih ada kedai yang sama, legaaaa sesampai disini.

Last makan masa tahun 2011, saya ada entrykan dulu diblog ni, boleh baca SINI, alhamdulillah tertunai hasrat dihati bila En.Suami mengajak cari Kuey Teow Kerang tu malam tu juga. yelah kan….sebab cakap sebelum beranak nak makan, kang tetiba terberanak dulu sebelum makan kang kempunan pulak. Kesian juga kat En.Suami terpaksa drive malam-malam ke KL nuuu…kalau ikutkan kat Klang ni berlambak-lambak je kedai makan jual Kuey Teow Kerang tu, tapi apa nak buat tekak dan baby dalam perut ni nak juga yang kat Kampung Baru KL tu heheeee.

Continue Reading

Mee Udang Sungai Dua Penang

Salam, sabtu lepas kami ke Penang lagi, kali ke 2 sampai Penang, kali ni tak lepaskan peluang untuk merasa sendiri makanan top famous kat Sungai Dua Penang tu, apa lagi kalau bukan Mee Udang Sungai Dua, bak kata orang kalau dah sampai Sungai Dua ni tak lengkap rasanya kalau tak pekena Mee Udangnya.

mee udang sungai dua penang

Restoran Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Penang

Oh tapi tudiaaaa belambak-lambak Restoran yang jual Mee Udang ni, sampai tak tahu nak makan kat Restoran yang mana satu, mujur juga Owner Homestay yang kami duduk tu ada bagi cadangan Restoran Mee Udang yang Popular di sana sedap katanya, cuma sedia duit jelah nak bayar sebab udang tu besar-besar, kena timbang dulu ngeh…ngeh..ngeh…

Continue Reading
1 2 3 30