Khasiat Teh Hijau – Organic Green Tea Yang Tak Pahit Dan Kelat

Assalam, hakak kan tengah on diet, tudiaa diam tak diam dah 4 bulan hakak buat #atkinsdietyanmie alhamdulillah adalah penurunan berat sikit hehee, dan pada masa ni jugalah hakak mula minum green tea, dah banyak jenis brand hakak try tau, dan akhirnya jumpa juga Organic Green Tea Yang Tak Pahit Dan Kelat 🙂

green tea organic

Hakak minum green tea jenis yang ni adalah dalam 3 bulan, tapi bukan hari-hari hakak minum, adalah dalam 4-5x seminggu, terutamanya sebelum mula workout hakak akan minum dahulu 1 gelas green tea bagi tujuan meningkatkan kadar metabolisma. dan disamping itu membantu menurunkan berat dengan membakar extra kalori.

Continue Reading

Stir Fry Sayur Tau Miu (Taugeh Hijau) / Sweet Pea Sprouts

tau miu

Assalam, 1st time makan Sayur Tau Miu (Taugeh Hijau) atau dengan nama lainnya Sweet Pea Sprout, boleh tahan juga sedap sayur ni, rangup-rangup gitu, masak cara stir fry aje, layu-layu sangat pun tak sedap juga, tapi macam lambat nak lumat, ke saya je rasa macam tu hahaha, sebab tak biasa makan kan.

Buat Diet atkins memang sayur ni sesuai dan boleh makan, banyak khasiatnya dan ianya low carbs, memula blur juga nak masak macam mana tapi ramai kawan-kawan bagi idea cara masaknya.

Continue Reading