Blog SuperMak


AboutMe

Salam buat semua, saya lebih suka dikenali dengan nama YANMIE, bekas pelajar jurusan Software Engineering disalah sebuah kolej di Kuala Lumpur, merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada 3 orang putera cinta hati yang diberi nama, Aiman, Haziq dan Irfan. Seorang yang penyayang dan peramah, boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, insyaALLAH.

yanmie

Mula Blogging

Saya mula berblogging sejak dari tahun 2006 lagi, waktu ini saya baru melahirkan anak sulung, segala perkembangan anak sulung sehinggalah ke anak bongsu saya kongsikan di blog ini, kini hampir 7 tahun saya menulis diblog, seronok pula mempunyai hobi seperti ini, selain dari menulis dapat melayan gelagat anak-anak yang membesar didepan mata sendiri.

Sebenarnya menulis diblog ini, ianya umpama menulis diari, tetapi ini versi diary online, berterima kasih sangat kepada Suami kerana beliau juga merupakan tulang bekalang minat saya ini, menjadi sponser untuk saya renew domain dan hosting tiap-tiap tahun heeee.

Jenis Penulisan

Sebenarnya saya tidak terlalu merancang apa yang ingin saya tulis didalam blog ini, semuanya secara spontan, saya menulis dari apa yang saya alami, rasa, lihat dan seterusnya saya coretkan didalam blog ini. kebiasaannya blog ini lebih banyak bercerita tentang kekeluargaan, anak-anak, jalan-jalan, makan-makan, melancong, shopping..pendek kata apa yang saya lalui saya akan coretkan disini, seronok pula berkongsi cerita tersebut dengan pembaca blog, lebih-lebih lagi bila ada yang membaca dan meninggalkan komen, oh ye saya suka update pasal drama tv hihihi.

Blogging juga boleh mendatangkan pendapatan sampingan

Siapa kata duduk didepan Laptop/Komputer tidak mendatangkan hasil? sejujurnya saya sendiri menjadikan hobi berblogging ini sebagai sumber untuk menjana pendapatan sampingan, cuba bayangkan hanya dengan menulis di blog anda boleh mendapat hasil yang lumayan dari blog tersebut jika kena caranya.

kagel device

Salah satu gambar bersama blogger lain

membina keupayaan usahawan wanita

Yanmie di Awani

Saya menjana pendapatan diblog ini dengan memasang iklan Banner dari Innity dan Juga dari Google Adsense, alhamdulillah setiap bulan boleh cashout, selain itu saya juga mengambil kempen advertorial, antara iklan advertorial yang pernah saya lakukan :-

Contest

Dari blog ini juga saya menyertai pelbagai jenis contest yang dijalankan secara online, saya pernah menang contest besar-besar, contoh hadiah yang pernah saya menangi adalah, iPhone4s, iPad2, Laptop Acer Aspire One, HTC Desire Z dan sejumlah wang ringgit, semuanya melalui blog.

Akhir Kata

Kan..dari hobi kepada Serius, so pendek kata Blog juga boleh jadi medium menjana pendapatan sekiranya anda konsisten dalam mengupdate blog, berkongsi berita/informasi dari sumber yang sahih, bukan hanya menulis tanpa memikirkan baik buruk perkongsihan tersebut. Kerana kita sebagai seorang penulis blog, sememangnya harus bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis di blog.

** Jom Follow saya di Media Sosial :-

Facebook : http://www.facebook.com/yanmieonlinedotcom?ref=hl

Twitter : http://www.twitter.com/yanmie

Instagram : http://www.instagram.com/yanmie

Email : yanmie82@gmail.com