Tudung Saji Cantik Di Padang Besar Perlis

Assalam, tertunai sudah hasrat dihati nak beli Tudung Saji yang di inginkan hahhaha, mak-mak sangat ni sampai tudung saji pun nak cerita kahkahkah. Bulan puasa hari tu kami ada balik Kedah, keperlis sekali ambik barang adik coz dia dah abis belajar sana. Dikesempatan yang ada kakak cuba untuk mencari tudung saji craft. bukan tudung saji plastik macam biasa ada dikedai-kedai tu, selera kakak lain macam sikit kali ni hahaha nak juga yang krafttangan punya.

yanmie

Selfie dulu lah 😛

Kakak jumpa 1 tempat tu di Perlis hasil dari menggoogle tapi sayangnya dah habis uwaaa, kecundang kecewa toksah cakaplah hehe, bukan rezeki orang cakap kan.

Then Raya ni kami Balik Kampung Kedah lagi, ambik kesempatan lagi untuk misi mencari tudung saji, tak abis-abis dengan tudung saji hahahhaa. Laki pun dah pening bini asik nak tudung saji aje, syukurlah bukan minta tudung duck ke, tudung mahal-mahal haha. ajak encik laki ke Padang Besar Perlis cari hahahha tudiaaa hanya untuk sebuah tudung saji 😛

Kami gerak awal ke Padang Besar, pukul 10 am dah keluar. Alhamdulillah parking senang sebab time ni tak ramai lagi orang. tapi cuaca mak datuk panas terik kau!, sesambil tu masuk ke Arked cuci mata, sempat gaklah grab barang merapu hahahhaha, nama pun orang perempuan kan, pantang nampak hehee.

padang besar perlis

Bukan kakak je ni rambang mata, budak kecik 2 orang ni pun boleh tahan rambang mata tengok mainan bersepah-sepah. abang-abang tak ikut balik kampung, dorang pilih untuk duduk dengan makcik dorang di Puchong, maklumlah dah besar kan malas nak ngikut mak pak jalan.

mainan di padang besar perlis

Uiii rambang mata sungguh haha. dapatlah 2 ketul maian kat sini RM60

Lokasi tudung saji yang kakak nak tu kat bawah, bukan kat Arked atas ni, atas ni takde jual tau, yang ada kat bawah tu, ada pasar-pasar kat situ, kat depan-depan tu dah nampak pelbagai jenis kraftangan. Alhamdulillah dari jauh lagi kakak dah senyum lebar nengok segala jenis kraftangan hhahaa

bakul kraftangan

Pilih-pilih ada macam-macam jenis, ada tudung saji, segala jenis bakul, bag tangan, macam-macam lagilah, geram nak beli semua rasa hahhaha tapi kakak beli 1 tudung saji dan 3 beg tu pun dah sesak-sesak dalam kereta, kalaulah muatan boleh lebih lagi pastinya dah grab macam-macam lagi hahaha. rambang mata weiii!!

tudung saji cantik padang besar perlis

Cantik kan?? confirm lalat tak masuk, serius!!, 1 je elok sikit tak bengkok

bakul kraftangan

Geramlah tapi apakan daya kereta dah tak muat hahhaa

bakul kraftangan

Ni untuk Mak, Cantikkan? boleh bawa pegi mengaji letak2 buku ke apa ke

bakul kraftangan

Seram pula tengok inai kat jaritu hahahha, Ni untuk mak mentua, sama juga katanya nak guna bawa pegi mengaji

beg kraftangan

Ni kakak punya hahahha tak mahu rugi ok!, rm30 dapat kurang rm20

tudung saji

Yeayyy tudung saji idaman hahhahaha, korang nak gelak biarkan…hahha kakak cari lama dah tudung saji macam ni, comel pastu takde lubang, lalat pun tak masuk, aman hidup hehhee.

Ok next time nak pergi lagi, geram nak beli bakul tu hahaha, mak-mak sangat ni. tudung saji pun boleh teringin teruk macam ni 😛

– eh terpanjang pula cerita, pasal tudung saji je pun hahaha

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

13 Comments on “Tudung Saji Cantik Di Padang Besar Perlis”

  1. Never know Padang Besar variety of handmade items. Such a good place to shop for it. Look like your kids love the toys section. They manage grab their favourite toys?

  2. This tudung saji shape is unique. Adds colour to the dining table as well. Love the bakuls, tapi jangan lah beli terlalu banyak ek… satu cukup.

  3. Tak pernah lagi jejak kaki kat Padang Besar. Ramai kata barangan kat sana murah2 dan banyak pilihan. Tengok dr gambar kat atas ni pun dah tau best kalu bershopping kat sana.
    Harap2 satu hari nanti dapatlah ke sana

  4. teringin nak pi Padang Besar tengok sendiri bermacam-macam kraftangan kat sana.. ,mesti rambang mata kan.. TB pun tengah mencari tudung saji jugak ni.. mau TB pening nak pilih color atau corak yang ada.. kan.. hahah

  5. a’ah memang cantik la! first time aida tgk tu.
    aida berkenan sgt. mcm sekarang jugak nak kirim dgn abg.
    beg-beg tu memang selalu la abg bwk balik. letak baju anak-anak dia.
    jadikan bakul susu baby dia.
    cantik. mudah nak cuci.
    tudung saji tu memang cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge