Tempat Menarik Di Cameron Highland – Ladang Teh Bharat Cameron Valley

Assalam, kan baru-baru ni kami Cuti Sekolah Ke Cameron Highland, semakin banyak Tempat Menarik Di Cameron Highland ni, Selain Taman Strawberry, salah satunya of course lah Ladang Teh kan, siapa pegi sini kalau tak ke Ladang Teh memang rugilah, so pastikan korang singgah kesini dulu okeh, harga tiket tak tahu berapa sebab masa pegi baru ni kami tak turun kebawah sebab hujan hehee, masa 1st pergi dulu tak kena tiket pun, sekarang dah dikenakan tiket untuk masuk turun kebawah tu.

ladang teh bharat cameron highland

Subahanallah Cantiknyaaa view, Alhamdulillah ALLAH SWT beri peluang sekali lagi untuk sampai kesini, tenangnya rasa berada ditempat yang mendamaikan macam ni.

Kasik can lah laki bini nak ambik gambar hahaha susah nak dapat gambar berdua macam ni hihi

Ladang Teh Bharat ni atau lebih dikenali sebagai Cameron Valley merupakan Ladang Teh kedua terbesar di Cameron Highland selain Ladang Teh Boh. Terletak 3km dari Tanah Rata dan mempunyai keluasan lebih kurang 1600 ekar, besarkann?? yang seronoknya boleh tengok dorang memetik daun teh sambil menikmati air teh dari coffee house Cameron Valley ni. Ya ALLAH nyamannya rasa 🙂

Jom layan gambar….

Fuhh merah….merah itu berani hihihi

mak ayah

Mak & Ayah, rindu plak 🙁

ladang teh cameron highland

Atok, Nenek and The cucu’s

atok dan cucu

Atok dan cecucu, gambar tak clear lah, memang gambar silau time ni, dengan hujannya, gelap kat coffee house ni, ke smartphone nak kena tukar ni hahaha.

baru sempat upload video di Instagram hehee

Borong segala Teh, mak hakak tu beli banyak teh bawa balik kampung untuk buah tangan, seronoknya kan beli buah tangan hihihi.

ladang teh sabah

Ini tahun lepas, cuti sekolah kami ke Kota Kinabalu, kami ke Ladang Teh Sabah juga, boleh baca sini Melawat Ladang Teh Sabah Oh tapi jangan terkejut, gambar-gambar kat entry tu masa hakak comel gendut hhahaha 😛

 

Ok dah lah, nanti sambung lain, maceehhhh singgah sini 🙂

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

30 Comments on “Tempat Menarik Di Cameron Highland – Ladang Teh Bharat Cameron Valley”

  1. Tempat cantik. Senang plak nak singgah kalau nak bandingkan dengan ladang Teh Boh.
    Cuma rega teh tu, gosok mata 2, 3 kali … betul ke harga macam kat Starbuck hiihii …

  2. bestnya bercuti di cameron highland.tempat yang sejuk dan udara yang nyaman sekali.pemandangan yang sangat menarik sekali.elok bawa seisi keluarga apabila pergi ke sana.seronoknyaaa.happy family .

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge