Shopping Barang Keperluan Sekolah Anak

Assalam, korang dah Shopping Barang Keperluan Sekolah Anak untuk tahun 2018 nanti? alhamdulillah hakak dah setel shopping barang keperluan anak, awal bulan 12 lagi hakak dah setel beli. Lega bila dah setel ni, tinggal tunggu sekolah buka aje dan bayar yuran. Excited nak tunggu sekolah buka, sebab nak buat rutin harian macam dulu hahaha, sebulan lebih cuti ni pening sikit, hakak penat jerit-jerit hahahhaa, kejap jadi singa, kejap dari naga, kejap jadi naga…macam-macam lagi teknik penyamaran hihihi, tapi tak selalu lah, ada masa-masanya. Biasalah nama pun budak kan, kita layan kan jelah walapu pun pening hihihi

beli baju sekolah

Tapi mak datuk mahalnya barang-barang sekarang ni, untuk 2 orang anak yang bersekolah belanja RM1K+ juga, barang keperluan untuk kedua2 sekolah mereka iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah agama, yang tahun lepas punya masih ada dan elok, tapi yelah awal tahun kan, nak juga beli kat anak, nak juga bagi rasa anak seronok, kesian pula pakai baju lama, kasut lama pada hari pertama persekolahan, mana yang mampu kita cubalah, tak mampu nak buat macam mana kan?, hakak pasti ramai ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak.

barang keperluan sekolah

Kami shopping di Pasaraya MU Klang, kat situ banyak pilihan baju-baju sekolah, lagipun susah nak cari baju sekolah warna purple, anak dua-dua pakai baju purple (pengawas pusat sumber), jadi kat sini je ada, alang-alang terus shopping barang lain kat sini. serba serbi ada, selalu pun pergi sini, nak kata murah tu taklah murah, bolehlah huhuhu

Tapi tak semua barang yang anak-anak nak ada kat Pasaraya MU tu, jadi untuk barang lain kami cari di Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang, hakak memang nak anak-anak beli beg sekolah disitu sebab tahun lepas beg sekolah dorang tahan lama, beli 2 beg setiap seorang sebab nak guna 2 beg untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama, alhamdulillah takde dah tukar2, memang tahan lasak baq hang!, puas hati coz sebelum ni beli yang murah-murah tak terkira berapa kali beli hahaha terasa macam buang duit pula. beg sekolah murah

beg sekolah beli 4, seorang dapat 2

Jadi bila beli yang berkualiti ni sebenarnya lebih jimat coz boleh pakai lama, ni pun beg lama elok sangat lagi, tapi macam hakak cakap tu lah saja nak belikan baru, rewards untuk dorang juga kan…tapi yang lama tu pun nanti nak basuh simpan pakai ganti-ganti kot beg basah kena hujan ke kan.

beg sekolah budak

budak tadika yang excited dapat beg baru hahaha, padahal ada 2 beg elok lagi pun, tak beli kesian pula alahaiii hakak ni jenis mudah kesian. takleh buat apalah memang hakak jenis gini, sebab abang-abang dapat beg baru, kalau tak beli kat dia rasa macam bersalah pula, gitulah kita ni mak-mak kan memang cenggini hihihi

Kasut sekolah pula seorang 4 pasang (hitam 2, putih 2), total 8 pasang untuk kasut pakai untuk setahun, kan senang kalau 1 warna je kasut so beli 2 pasang je seorang huhuhu. yang abang tu sedang elok dah pakai kasut hitam untuk kedua sekolah tapi boleh plak dia tak mahu jadi pengawas disekolah agama sebab katanya tak boleh main hahaha, sabar jelah.

shopping barang sekolah

fuhhh done~

Ok buku sekolah pula kita beli apa yang patut jelah, yang lain-lain mana yang diperlukan beli kemudian, takut beli-beli kang tak pakai. beli buku sekolah

Buku Tahun 6 total RM 174.30

buku sekolah

Buku Tahun 5 RM 106.20

Nasib baiklah buku sekolah dapat pinjam, kalau kena beli macam orang lain lagi haru biru hihihi. ni baru 2 orang anak ni, garu kepala lah sat hahaha.

yuran tadika little caliphs

Untuk anak tadika pula RM 1451, alhamdulillah dah setel bayar semalam hahhaa

Ini tahun ke 3 untuk dia tadika di Little Calips, alhamdulillah banyak perkembangan positif, abang-abangnya dulu pun di Little Calips juga. Tak sabar nak hantar dia ke tahun 1 hahaha lambat lagilah, dia pun duk tanya je selalu bila boleh pakai baju sekolah macam abang hehee, sabar lah nak setahun lagi hiks~

yuran sekolah agama

Ini yuran sekolah agama 2018, nanti bayar masa hari persekolahan buka nanti, mak datuk yuran sekarang mahalnya kan, ni nanti total untuk tahun 6 dan tahun 5 RM 746.80 tudiaaaa

Tinggal lagi belum tahu amount untuk yuran sekolah kebangsaan, rasanya tak mahal sangat kot, tahun lepas bayar sikit je. Ni kos untuk 3 orang anak termasuk anak tadika. Bila terasa susah selalu duk ingat, alhamdulillah masih mampu lagi, fikir orang yang tak berapa mampu macam mana, bersyukur ALLAH masih berikan kita rezeki, jangan pernah mengeluh tapi teruskan berusaha, encik suami memang bising kalau dengar hakak mengeluh hehee. katanya tak baik mengeluh, kita usaha lebih sikit je insyaALLAH ALLAH beri kita rezeki lebih.

Keseluruhan Total RM3,228.80 untuk perbelanjaan keperluan persekolahan anak untuk 2 orang sekolah rendah & agama, serta seorang anak tadika. Tidak termasuk lagi yuran sekolah rendah kebangsaan bagi 2 orang.

Mahal ke tak mahal total tu?, banyak bukannya sikit, dengan barang semua pun naik. nak mengeluh pun tak guna, bukan ada yang dengar keluhan kita, apa yang boleh kita cuba berjimat, rancang perbelanjaan. setiap apa yang kita nak buat mesti ada pilihan, jadi bijaklah memilih. lega juga tengok ada baju sekolah murah di hiant rm12. syukur masih ada baju sekolah semurah ini, dapatlah mereka yang kurang berkemampuan beli.

Hakak dulu sekolah baju, kasut semua free, dapat plak seorang 2 pasang. memang terbaiklah bantuan dari yayasan sabah untuk budak-budak sekolah, mak pak kami tak risau pasal baju kasut, akhir tahun je dapat baru. sekarang ni tak tahu ada lagi ke tak bantuan macam tu, tapi disemenanjung ni kalau dapat bantuan macam ni alhamdulillah, dapatlah meringankan serba sedikit beban ibu bapa kan. berharap agar suatu hari nanti ada bantuan seperti ini, tak perlu beri duit ke voucher ke, cukup sekadar bantuan baju, kasut sekolah. maklumlah sekarang ni baju sekolah pun mahal, baju harga asing, seluar harga asing, mak datukkk!!!!!

Ok terpanjang bebel pula, cukuplah hahaha, tangan tak mahu berhenti menaip.

– korang dah abis shopping belum?

 

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

21 Comments on “Shopping Barang Keperluan Sekolah Anak”

  1. Saya tengok semua ni, saya teringat masa zaman saya sekolah. Semuanya mak sediakan 2 pasang. Setiap tahun. Masa tu tak fikir harga dan berapa kos yang mak perlu keluarkan. Bila sekarang, belum lagi anak masuk sekolah, baru taska pun dah semput kak. Hahaha. Bayangkan masa pra sekolah nanti. Duit buku, PIBG, yuran yada yada yada, koperasi, baju sukan, persatuan, baju sekolah, kasut sekolah, bag sekolah. Fuhhh RM 2000 kena ada dalam tangan untuk happykan mereka dan naikkan semangat bersekolah. Amanah dan tanggungjawab kita kepada anak. Semoga dimurahkan rezeki bila kita menjaga amanah besar ni. Amin
    Ruby recently posted..Wardah White Secret Rahasia Kulit Cerah BercahayaMy Profile

  2. Gigil tengok harga semua tu. Baru dua orang yang bersekolah tu. Nak buat macam mana harga barang semuanya mahal. Beli barang dapur yang sikit pun dah cecah ratusan ringgit. Agaknya nanti kinah pun macam akak jugak la. Apa pun kita sebagai ibu ni memang kena bijak merancang bajet. Mana yang boleh digunakan kita guna je.

  3. Zaman sekarang memang semuanya mahal..Dania tu nak masuk tingkatan 2, sorang tu jer RM1200…blom PT3 lagi tu nanti macam- macam nak kena bayar..sib baik dengan atuk uwan dia..pegi balik sekolah atuk jemput hantar..jimat la skit..ni bag sekolah ke apa i cakap kalau masih elok guna je bag yang lama dulu…tinggal nak beli kasut dia je lagi…
    Suria Amanda recently posted..Mini Chocolate Moist SedapMy Profile

  4. fuh.. banyak juga belanja untuk beli persediaan persekolahan anak-anak yea.. TB pun macam akak kot nanti.. walaupun dah ada beg atau barang yang elok lagi.. kalau ada rezeki memang nak eblikan yang abru juga tiap tahun, pemberi semangat orang kata.. tahun baru, beg baru, semangat baru..hehehehe.. opss.. TB pun mudha kesian gak kakkkk.. huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge