irfan birthday

Assalam, wahhh seronokkan kalau birthday boleh sambut dengan anak, jimat duit beli cake hahaha, kongsi aje kek, tapi tahun ni hakak tak beli kek besar, beli 3 slice aje di secret recipe hahaha, almaklumlah kononnye diet dah setahun ni tapi tak juga kurus2 wakakakaka.

View this post on Instagram

Irfan, tau tak? 5 tahun yang lalu sedang ibu menikmati Ayam KFC pada hari ulang tahun kelahiran ibu, tetiba ibu dikejutkan dengan Pecahnya Air Ketuban kat KFC, ambooii tak sabaq nak keluar kan?, teringin nak makan KFC ler tu hehee, jadi terus kelam kabut ayah bawa ibu gi hospital, abis lenjun seat kereta ayah dengan Air Ketuban hahahha. . . Banyak kenangan manis, Irfan juga hadiah hari jadi untuk ibu, saat ibu ulang tahun kelahiran saat tu ibu bertarung nyawa untuk melahirkan Irfan. Moga jadi anak soleh dan beriman, berjaya dalam hidup, diberikan kesihatan yang baik, semoga sukses selalu , Aamiin. . . Cake besar claim dengan makcik2 ye, Ibu beli kecik je sebab ibu kan diet kan…kan…? Happy Birthday to me & my dear son Muhammad Irfan. Seronok boleh celebrate sesama ? . . #happybirthdaytome #happybirthdaymyson #makanakempat

A post shared by YANMIE (@yanmie) on

Happy Birtday Alang Irfan (21.12.12) cantikkan tarikh lahirnya 🙂

IMG_7264

Nama : Muhammad Irfan

Lahir : 21.12.12

Berat : 3.2kg

Jam : 5.37 pagi

Cara Kelahiran : Pembedahan (czer)

5 tahun yang lalu, sedang hakak celebrate besday dengan suami dan anak, kami makan di KFC Tesco, sedang sedap menikmati ayam goreng, taklama tu terasa ada benda jatuh dan pecah, OMG!! cakap kat laki, Air Ketuban dah pecah kot, encik laki rileks lagi tapi nampak juga dia cemas hahaha, kang tak pasal-pasal beranak pula di KFC kan, hakak cuba bangun ejas-ejas tempat duduk, sekali pupppp…menyembur air ketuban keluar HAHHAHAHA.

Terus kami bungkus aje KFC tu, kesian Angah makan sikit dah kena bungkus makanan hehe, time ni yang abang duduk di kampung coz cuti sekolah. So dalam pada nak ke parking kereta tu, sepanjang tu Air Ketuban meimpah-limpah keluar, abis lenjunlah seluar hakak pakai ni, nasib baik pakai seluar, kalau pakai baju mengandung/jubah? tak ke haru lagi ketara sangat Air banyak turun hahha.

Masuk dalam kereta, encik suami alaskan seat dengan surat khabar, tapi tu pun lenjun juga seat hahahaha, nasib baiklah nak beranak kan, so encik suamiku pun redha ajelah hehehee, dan alhamdulillah perjalanan ke Hospital pun tak jauh mana dan jalan pun clear, alhamdulillah ALLAH permudahkan.

Hadiah Hari jadi yang takkan pernah dilupakan dalam hidup, dalam pada sakit nak beranak bertarung nyawa tu, akhirnya hakak terpaksa menjalani emergency surgery coz fetal distress dah, jadinya anak no 3 ni opret, dan ke-esokan harinya lahirlah Alang Irfan, beza sehari dengan ibunya hehee, Ibu 20/12 dan Alang 21/12, senang betul nak ingat tarikh besday kami ni, jadi sesapa buat surprise tu memang hakak dapat hidu awal2 dah hahahahahaa

Celebrate besday, makan-makan diluar

Happy Birthday Alang, Ibu doakan Alang menjadi anak Soleh, beriman, berbakti pada ibu bapa, perangai baik, jangan pernah lupa ALLAH SWT, jangan sakitkan hati orang, sayang adik beradik tak mahu gaduh-gaduh dan semua yang terbaik untuk Alang, insyaALLAH mudahan ALLAH makbulkan doa ibu ni. Terkadang ibu marah sebab ibu sayang, percayalah nak!! eheeekkk touching plak hahaha.

Membiarkan besday boy memborong stok rerotinya sempena birthdaynya haha

playground taman tasik titiwangsa

Sekarang dah besar, dah ada geng hahaa, tapi duk berasa alang anak bongsu sebab manja ya amat!

https://www.instagram.com/p/BbRqFVKlyZq/?taken-by=yanmie

Happy Besday To me hehehe. Birthday advance yang ni haha, and Encik laki bagi hadiah apa? haha Encik laki bagi hadiah DUIT (Buntang Mata dengan duit haha). so pi beli hadiah sendirik kikiki. Selalu pun dapat duit hehehe

And lastly, Happy Birthday to me, mak datuk dah 35 tahun!!!!!!! kenapa duk ingat umur masih 17 tahun ni HAHAHHAA. Kbaiii!!

 

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

27 thoughts on “Sambut Birthday Dengan Anak”
  1. A happy family and your kids has grow up fast. they look so cute and active. May 2018 bring more fun and excitement to you and family.

  2. Semoga anak sis jadi anak yang soleh. Ayah saya kalau birthday kitorang adik beradik bukan kitorg dapat hadiah tapi umi kitorang yang dapat hadiah. Kata ayah penat umi lahirkan kitorang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge