Assalam, Ke Cameron Highland Lagi Lah Kita cuti sekolah ni hihihi, sesekali pergi tempat mendamaikan macam ni, jauh dari bunyi hiruk pikuk bandar, selalu bercuti pergi tempat yang anak-anak boleh enjoy, kali ni kasik can lah kat mak pak plak ye anak-anak, mak pak pun nak juga bercuti hahaha, sesekali bawa gi sini dan sebenarnya takde idea juga nak bawa kemana, plan asal nak bawa gi Langkawi sambil bawa Mak ayah jenjalan kat Langkawi, tapi plan tukar sebab tetiba time nak beli tiket flight tu harga 2kali ganda naik, bayangkan dekat 4k harga untuk kami pergi balik 4 dewasa, 4 kanak2, rasa macam tak berbaloi hahaa. InsyaALLAH next time lah, last pergi masa anak 2, sekarang anak dah bertambah lagi 2 hehee
Ok, jadi kami decide ke Cameron Highland jelah bawa sekali mak ayah jenjalan, lagipun dorang dah nak balik Sabah time ni, jadi bawa lah kesini, dulu Mak hakak dah pernah sampai sini, cuma ayah jelah tak pernah sampai, sajelah nak bagi dorang sejuk-sejuk sini hahha, tapi kebetulan time gi sini cuaca sejuk-sejuk hujan renyai hahaha, kesian dorang kesejukan hihihi.Â
Kami banyak kali dah pergi Cameron Highland ni, tu yang anak tak berapa excited HAHHAAHA, cuma ni 1st time masuk 3d art Cameron Highland, nanti hakak entry pasal tu ye, ada cerita lucu kat situ hahha.
Gambar tak banyak pula adehh, video aje belambak ni. hakak memang suka ambik video up di instastory sana, lupa pula save hahhaa, nasiblah.
Atok, Nenek dan cecucu 🙂
Adik gaya apa tu hahaha
Mak & Ayah
yang ni macam hakak sorang je terhegeh2 nak ambik gambar hahhahaa
Kasik can lah hakak plak hihihi
Kami juga ada ke Big Strawberry farm, 3d art cameron, Ladang Teh dan beberapa tempat lain, nanti hakak share ye, tengah kumpul gambar-gambar, tah mana-mana dah gambar ni semua pegi, jangan terdelete sudahlah, tetiba hakak tak reti nak cari gambar kat icloud plak ni aduhai haha sabar jelah.
Ok nanti hakak sambung lain, kalau sambung terus sini kang berjela-jela plak entry ni, boleh jadi slow nak scroll hehe, sini jelah dulu okeh, sesambil selamatkan gambar dari tedelete dalam phone ni 🙂
wah bestnya jalan-jalan dengan keluarga.Happy niee
Ira recently posted..Asid lemak Omega-3 dan Kesihatan Kanak-Kanak
Ika suka pergi pasar paginya. Murah dan sedap makan kat cameron highland ni.
Mmg seronok klu dpt ke Cameron..sejuk jerk plg suka jln2 kt psr mlm berincang. Suka beli buah2 an sepnjg perjalanan naik ke Cameron & x lupa dgn jgg manis
wahhhh bestnya dapat berjalan2 bersama anak-anak dan keluarga ramai2..
dboy recently posted..TRAVELOGUE MALAYSIA – SOUTH PERAK
Such a long time did not step in Cameron Highlands. I miss the strawberry farm and Teh boh farm. Is time to plan for another staycation.
Baru2 ni pun yaya pergi Cameron dgn family in law. Memang best la suka udara nyaman kat sana tapi time yaya pergi tu hujan je aduh hahaha
seronoknya, teringin pula nak bercuti ke sana juga. ni neeza tunggu nak cuti sem.. tak sabar!
Lamanya saya dah tak datang cameron ni. Last pergi 2 tahun lepas. Kena plan lagi ni, mengidam strawberry pulak haha.
Zayani Zulkiffli recently posted..Sambut Birthday Style Picnic di Taman Tasik Titiwangsa
wooo syok nya i lama tak pi. ada jam tak dekat sana since it’s school holiday.
henrytan recently posted..Time for Private Retirement Scheme (PRS) Again!
jem juga, kalau pergi weekend memang jem, masa habis terbuang kat jalan je. kami pergi hari isnin tapi rate hotel/homestay naik coz school holiday kan. tapi jalan ok clear sikit berbanding weekend.
yanmie recently posted..Cuti Sekolah Ke Cameron Highland Lagi Lah Kita
Saya juga ke Cameron Highland cuti sekolah ni, ada majlis kahwin di Perak. Dah alang-alang terus ke CH.
Anak memang peminat Strawberry, semput juga nafas rasanya bila ramai sangat orang ke CH masa cuti sekolah ni, jem tu jangan cakaplah. Perlu keluar pagi-pagi sedikit.
Saya kalau nk pi CH ni mmg xkkan pi time cuti sekolah…selalu akan naik time weekdays…tpi anak tak sekolah lagi boleh la buat mcm tu kan…
Btw CH skrg sejuk time hujan je kan
Alia recently posted..Travel Tips : Periuk Nasi Yang Sesuai Untuk Travel
Kalau ke CH Bonde suka makan jagung rebus, keledek rebus dan beli makan goreng yang celup tepung tu… rindu pula nak makan2 makanan tersebut… kene terjah dlm masa terdekat nampaknya
Bonde Zaidalifah recently posted..EAT. TRAVEL.RIDE KINGZ MG ANNUAL RIDE 2017 [PART 1 – MATIC KUALA LUMPUR]
Ada terplan nak ke sini tempoh hari… Tapi terpaksa cancel takut bertembung dengan orang yang kenal kita… So kita g tempat lain pula hahaha
Bro Framestone recently posted..Tour the World Snoopy di Resorts World Genting Highlands
Lama tak ke CH
Anak-anak dok berzikir nk lepak strawberry park n makan strawberry fresh
Linda recently posted..LEPAK SANTAI DI SEOUL GARDEN STAR AVENUE MALL
eh CCL dah lama tak kunjung CH ni , mesti banyak tempat dah berubah kan , tak pun ada pertambahan tempat – tempat menarik yang terbaru ,
btw happy holiday sis
Pernah sekali je pergi ke Cameron Highland. Itu pun tak jalan ke semua tempat. Mesti ramai yang berjalan ke sana cuti-cuti sekolah ni. Jammed! Btw, seronoklah jalan-jalan dengan famili 🙂
Tak pernah sampai lagi dekat cameron highland.. bila entah nak pergi… plan x menjadi sokmo… merah menawan.. hihihihi.. loni cameron higland dah banyak berubah..
Ala…dapat snap pic ngan stoberi…Sal ritu tak dapat sebab cuaca tak mengizinkan .. next trip la gamaknyer
Dah lama dah SA x pi CH..ada 2 tahun kot..kena pergi jugak la..cuma x laratnya pergi time cuti sekolah…gerenti jammed x hengat..
Nanti plan nak bawa famili bercuti di Cameron Highlands.
akubiomed recently posted..Pengalaman emas trip PG Golden Tour Day 1
merahnya akak hihihi bestnya dapat jalan jalan bawak mak ayah, sha takpernah lagi sampai cameron haha kesian betul
Saya kalau naik Cameron ni nak makan kek, scone atau minum teh panas je. Kalau rajin pi beli sayuran segar. Lama dah tak naik CH ni….
Ezna recently posted..Hari minggu di mana?
Wiihh, jadi kepengen liburan kesana 😀
mana bareng keluarga pasti sangat menyenangkan. Siap siap nabung nih kayanya
Enjoy nye, I was there earlier this year and it was my first time, the weather was very enjoyable and the pasar pagi as well.
Jia Shin Lee recently posted..A:Concept Make Your Concept Black Set Review