Seronoknya Bercuti Di Lost World Of Tambun

lost world of tambun

Cuti sekolah baru-baru ni kami ambil sedikit masa yang terluang untuk bawa anak-anak pergi Bercuti Di Lost World Of Tambun, seronok jugalah sebab jauh dari rumah kan, ikutkan kalau tak jadi ke sini, kami ke Sunway Lagoon aje yang dekatnya cuma 15 minit lebih kurang dari rumah hehee, tapi dekat-dekat ni cam tak syok pula hahaha

Macam biasa hakak yang uruskan hal-hal penginapan, dan seperti biasa juga akan tempah online sahaja melaui laman web Agoda / Booking, 2 website tu hakak suka sebab user friendly. Kami menginap di Kinta Riverfront Hotel and Suite, oklah puas hati, suite yang cantik dan bersih, menghadap sungai, waktu malamnya ada pokok-pokok lampu macam kat Icity.

kinta riverfront

Sampai-sampai tu kita selfie dulu heheee, besaqnya cermin 😀

Kami menginap 3 hari 2 Malam, danlah kami berehat dulu sebelum memulakan pengembaraan yang menyeronokkan di Lost World Of Tambun tu.

Jangan muntah dengan background songnya hahahhaa

Aduhh panjang sebenarnya ada banyak gambar, tapi hakak tak larat nak edit-edit gambar, banyak sangat gambar video dalam GoPro, nak transfer ke phone memori tak cukup, nasin naiklah topup storage iCloud sampai 200gb hahaha

Video pun panjang-panjang belaka, hakak dah upload di youtube tapi tak sempat nak edit lagi, abislah kena kecam dengan viewers hahaha.

Totally bawa anak bercuti di Lost World Of Tambun ok jugalah sebab anak-anak memang suka mandi, tapi tulah walaupun semuanya free boleh main, kami tak sempat nak main semua permainan, masuk zoo pun tak sempat, sebab banyak masa duduk dalam air, tu yang muka pun sunburn teruk, ni baru ok sikit sebab hakak pegi Facespa di Shah Alam tu, nanti entry lain hihihi.

harga tiket lost world of tambun

Ni ye harga Tiket masuk ke Lost World Of Tambun, hakak haritu dapatlah less sikit sebab duk tunjuk kad members Tesco. kalau tak memang mahal jugalah.

Lepastu makanan pula boleh tahan mahalnya, duduk dalam tu je abis hampir 300-400 tak termasuk sewa pelampung, beli pelampung untuk anak hahahha.

Oh ye, Tiket boleh guna untuk seharian, tapi dengan syarat tak boleh keluar, if dah keluar tiket dah tak valid, so duduklah dalam tu mainlah puas-puas hehee, Nak lepak sampai malam pun takde hal, boleh lepak kat Spa dan kolam air panasnya, lampu-lampu cantik, tapi kami tak tunggulah sampai malam kat sana, penat weii walau main air je hahaha. pukul 5 petang kami gerak balik ke Hotel, terus singgah beli makanan sebab malam tu ada perlawanan bola sepak Malaysia separuh akhir masa sukan sea haritu. so bungkus-bungkus aje makan depan tv 😀

Oklah dah panjang sangat ni, hakak pun dah jenuh menaip hahhaa, lama-lama tak jumpa keyboard camni lah dia 😛

 

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

14 Replies to “Seronoknya Bercuti Di Lost World Of Tambun

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge